Saturday, 5 August 2017

PHP & MySQL - Cara Pertama

Berikut merupakan cara-caranya :
  1. Buat satu folder dan save dalam xampp>htdocs>nama_file_anda.
  2. Save file sebagai db_link.php ataupun apa-apa nama sahaja asalkan formatnya dalam .PHP. (pastikan simpan dalam file yang anda buat tu)
  3. Tulis code seperti di bawah :


<?php

$server = 'localhost' ;
$userid = 'root' ;
$password = ' ' ; -----> jika ada password, masukkan
$dbname = 'sistem_pelajar' ; --------> nama database anda
$conn  = mysql_connect ("$server" , "$userid" , "$password") ;
mysql_select_db ("$dbname" , $conn) or die (mysql_error()) ;

?>

Untuk cuba sama ada berjaya ataupun tidak , anda perlu ;

  1. Start XAMPP anda
  2. Buka browser
  3. Taip localhost/phpmyadmin
  4. Klik pada 'new'.
  5. Setelah itu masukkan nama database andaa , pastikan namanya sama dengan $dbname yang anda declare pada coding. 
  6. Klik pada 'create'.
  7. Dan cuba lihat di tepi itu akan ada database yang anda baru create tadi



PHP & MySQL

Assalamualaikum, saya akan post macam mana cara nak connectkan file PHP dengan database MySQL.

Friday, 4 August 2017

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat (10 Jul - 23 Ogos 17)

Assalamualaikum, hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya dan rakan-rakan sewaktu mengunjungi Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat pada 3/8/17 iaitu pada hari Khamis yang lepas.

Kami bertolak dari sekolah pada jam 8 pagi dan lebih kurang jam 10 pagi kami sampai ke Masjid Negeri Selangor, Shah Alam. Di sana terdapat pelbagai artifak yang akan membuatkan kita rasa dekat dengan nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Terdapat juga selimut kaabah yang turut dipamerkan di situ. Berdasarkan penerangan mereka, semua barangan adalah asli yang dipinjam dari beberapa buah negara yang turut bekerjasama dalam menjayakan pameran ini.

Berikut merupakan beberapa gambar yang akan saya kongsikan :

Ini merupakan Al-Quran emas dan hanya ada 3 naskah. Di pameran ini terletaknya antara salah satu daripada koleksi 3 naskah itu dan lagi 2 di dua buah negara lain.

Ini merupakan pedang Amr Al-As R.A.

Ini merupakan antara sebutir daripada lima butir beras yang tertulisnya ayat dari surah Al-Ikhlas.

Ini merupakan selimut kaabah di mana tulisannya ialah dari emas dan perak.

Ini merupakan artifak Hassan dan Hussin.

Ini merupakan jam zaman dahulu.

Sebenarnya pameran ini masih berlangsung. Berdasarkan apa yang saya tahu sepatutnya pameran ini berakhir pada 13 Ogos ini namun dilanjutkan sehingga 23 Ogos nanti.


Masa : 9.00 pagi - 10.00 malam .
Tempat : Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.
Tarikh : 10 Julai - 23 Ogos 2017 .
Bayaran :
  • Pelajar - RM10
  • Dewasa - RM20
  • Kanak-kanak - RM10
  • Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah - RM10
  • Warga emas - RM10

Thursday, 27 July 2017

Java - Inheritance (perwarisan)

Inheritance

  • Situasi ini terjadi bila 2 class ada method dan variable yang sama maka akan terbina satu class iaitu main class dan 2 class tadi akan menjadi sub classnya.
  • Dalam main class - method dan variable yang sama.
  • Dalam sub class - method dan variable yang berlainan bagi tiap class.
  • Super/Main class adalah ibu bagi sub sub class.
  • Sub class adalah anak-anak / induk dari super class yang boleh akses / gunakan method dan variable dari super class tersebut.
  • Kalau nak buat sub class kita guna extends.
  • Contoh , namasubclass extends namasuperclass.

Jenis

  1. Single
  2. Multiple
  3. Multi-level
klik untuk lebih lanjut


Kelebihan

  • Method dan variable yang sama dalam 2 class boleh digunakan dalam 1 class.
  • Mudah nak check dan ubah kesalahan sebab kita ubah dekat main class je.
  • Coding yang sama tidak perlu ditulis banyak kali.

Java - Polymorphism

Polymorphism

  • Poly - banyak
  • Morphism - bentuk
  • Jadi, polymorphism ialah kewujudan entiti dalam banyak bentuk. 
  • Dalam Program Berorientasikan Objek (OOP), polymorphism refer kepada kemampuan/kebolehan objek untuk buat kerja berdasarkan input yang diberikan oleh user.
  • Teknik polymorphism ada 2 iaitu : i - Method Overloading     ii - Constructor Overloading

i. Method Overload


Serba Sedikit

  • Terdapat 2 atau banyak method yang mempunyai nama sama tapi parameter berbeza . (apabila parameter berbeza jadi method-method yang mempunyai nama sama itu boleh buat kerja yang berbeza)
  • Berbeza dari segi
    • Bilangan parameter
    • Datatype parameter

Contoh Code dan Output


i. Berbeza dari segi bilangan parameter

class raya
{
public static void main (String args [])
{
overload obj1 = new overload () ;
obj1.overloading ("Hari Raya Aidilfitri") ;
obj1.overloading ("Ketupat/rendang" , 10.00) ;
}
}

class overload
{
public void overloading(String nama)       -----> Bilangan parameter adalah berbeza 
{
System.out.println ("Nama hari raya yang bakal disambut oleh umat Islam : "+nama) ;
}

public void overloading(String menu , double harga)    -----> Bilangan parameter adalah berbeza
{
System.out.println ("Menu : "+menu +" Harga : RM "+harga) ;
}
}



ii. Berbeza dari segi datatype

class adv_mtdover 
{
public static void main (String args []) 
{
square obj = new square() ;
obj.sqr(2) ;
obj.sqr(2.5) ;
}
}

class square {
void sqr(int no) {       -----> Datatype bagi parameter adalah berbeza 
System.out.println ("The square of " +no +" is "+(no*no)) ;
}

void sqr(double no) {      -----> Datatype bagi parameter adalah berbeza
System.out.println ("The square of "+no +" is "+(no*no)) ;
}
}



ii. Constructor Overload


Serba Sedikit

  • Terdapat 2 atau lebih konstruktur yang mempunyai nama sama tapi parameter berbeza dalam satu class . 

Contoh Code dan Output

class adv_consol 
{
public static void main (String args[]) 
{
area a1 = new area(1) ;     * kalau nak pastikan sama ada ia adalah konstruktur atau bukan, masa nak create object akan ada nilai
area a2 = new area(1) ;    -----> Bilangan parameter adalah berbeza
System.out.println ("the area of the square side 5 unit is " +a1.square(5)) ;
System.out.println ("the area of the rectangle of sides 5 x 4 unit is "+a2.rect(5,4)) ;
}
}

class area {
double l,b ;

area (double l) {
this.l=l ;
}

area (double l, double b) {
this.l = l ;
this.b = b ;
}

double square (double l) {
return l*l ;
}

double rect(double l, double b) {
return l*b ;
}
}





Kebaikan Overload

  • Nama yang sama boleh digunakan untuk banyak method dalam satu class.
  • Overload konstruktur berguna untuk bagi nilai awal objek yang berlainan datatype.

Saturday, 22 July 2017

Java - Perkapsulan (encapsulation)

Encapsulation

  • Merupakan salah satu dari 4 asas utama konsep Obejct Oriented Programming (OOP) termasuklah abstraction, polymorphism dan inheritance.
  • Dalam konsep pengaturcaraan, encapsulation merupakan kaedah mengumpulkan data (variable) dan kod aturcara berkaitan data (method) sebagai satu unit.
  • Setiap variable yang terlibat akan didaftarkan sebagai private dan kaedah public getter dan public setter akan digunakan untuk membawa data ke sana ke mari.
  • Teknik ini menyebabkan variable yang didaftarkan di dalam sesebuah class tersembunyi daripada class yang lain. Dengan ini, maklumat-maklumat penting dapat dirahsiakan daripada pengguna akhir.
  • Selain itu, teknik ini juga membolehkan sesebuah class didaftarkan sebagai read-only atau write-only. Dengan cara ini, ia dapat meningkatkan lagi security sesebuah aplikasi.
  • Encapsulation ni dia lebih kurang macam mana kita nak juga pakai data yang jelas-jelas dah private.

Kebaikan 

  • Variable bagi class tersebut hanya boleh digunakan untuk dibaca dan ditulis sahaja (read&write only).
  • Class boleh ada kawalan penuh terhadap semua variable yang ada dalam class tersebut.
  • Pengguna class tak tahu macam mana class tersebut simpan data. Class juga boleh ubah data type variable dan pengguna class tersebut tidak perlu ubah apa-apa dari coding mereka.

Contoh Code dan Output


public class encaptest  // nama class {
private String name ;          - data type bagi variable-variable ini sudah dideclared sebagai private
private String idnum ;
private int age;

public int getAge() {          - di sini kita gunakan kaedah public getter
return age ;
}

public String getName() {
return name ;
}

public String getIdnum() {
return idnum ;
}

public void setAge( int newAge) {         - di sini pula kita gunakan kaedah public setter
age = newAge;
}

public void setName(String newName) {
name = newName ;
}


public void setIdnum (String newId) {
idnum = newId ;
}

}

public class runtest  // nama main class {  
public static void main (String args[])
{
encaptest encap = new encaptest() ;
encap.setName("Liyana") ;
encap.setAge(18) ;
encap.setIdnum("991221-02-****") ;

System.out.println ("Name : "+encap.getName() +" Age : "+encap.getAge() +" Id num :             "+encap.getIdnum()) ;
}
}




p/s jika coding ini tidak dapat run , ada error , maka anda boleh buang public  - yang berwarna ini sahaja - kerana ada yang boleh run dan ada yang tidak bergantung kepada komputer masing masing tapi tidak menjejaskan coding pun. semoga berjaya :)


Friday, 21 July 2017

Java - Permulaan

  1. Semua file .java akan disimpan dalam bin.
  2. Untuk simpan file java, anda harus menulis .java selepas nama file anda. Contoh, contohjava.java.
  3. Untuk compile file java - javac contohjava.java (nama file java itu)
  4. Untuk run file java - java contoh (nama class)
  5. Untuk memanggil keluar output java anda harus membuka Command Promp dan taip : -

cd\
cd Program Files/Java/jdk1.8.0_92/bin
(cara panggil ini bergantung kepada di mana file anda disimpan)

Java

Assalam, mulai saat ini saya akan berkongsikan sedikit tips mengenai Java.