Apa itu Netiquette?
Netiquette ialah etika rangkaian/etika ketika menggunakan internet iaitu perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat. Netiquette ni merupakan peraturan yang tidak formal dalam melayari internet.
Contoh-contoh Netiquette
Yang harus dilakukan.
1) Berfikir sebelum post sesuatu bahan kerana bahan post anda boleh dilihat oleh umum.
2) Kenalkan diri anda dengan memulakan mesej anda dengan kata-kata aluan dan diakhiri dengan nama anda.
3) Sertakan huraian bagi tajuk posting anda. Jangan hanya post tajuk dan tiada apa-apa isi. Seelok-eloknya, huraian yang diberikan berkenaan dengan tajuk.
4) Elakkan pengunaan yang berbaur sindiran. Kemungkinan orang luar (yang tidak mengenali anda) akan menyalahtafsir apa yang anda ingin sampaikan.
5) Jika ingin menyalin bahan secara 'copy and paste' jangan sentiasa menyalin bahan orang lain, terutamanya jika itu bahan milik orang yang anda kenali.
6) 'No spamming' seperti jangan menyebarkan mesej-mesej yang tidak berfaedah seperti khabar angin dan sebagainya.
7) Gunakan perkataan yang baik. Jangan menggunakan perkataan yang boleh mengguriskan hati orang lain.
8) Semak ejaan anda sebelum post sesuatu. Pastikan bahan anda mudah dibaca dan difahami oleh orang lain.
9) Gunakan emotion (ikon emosi) yang sesuai untuk membantu anda menggambarkan perasaan anda. Jika di dunia realiti, kita boleh menggunakan eksperasi muka untuk menunjukkan perasaan marah, sedih dan gembira tapi di alam maya kita hanya mampu menaip, jadi, kemungkinan besar orang lain tidak dapat memahami perasaan anda. Jadi penggunaan emotion ini membantu anda dan rakan-rakan anda untuk menyelami perasaan anda.
10) Keep your voice down iaitu jangan menggunakan semua aksara secara capital seperti 'KAU' kerana orang lain boleh menyalahanggap penggunaan huruf capital anda itu. Kemungkinan mereka fikir bahawa anda memarahi mereka.
11) Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh orang lain. Jangan menggunakan slang anda kerana kemungkinan besar ada di antara mereka di luar sana yang tidak memahaminya.
Kepentingan Netiquette
1) Menggurangkan perbalahan di laman sosial.
2) Membantu menghasilkan bahan yang berkualiti untuk dipost.
rujukan,
https://www2.nau.edu/d-elearn/support/tutorials/discrubrics/netiquette.php
http://www.learnthenet.com/learn-about/netiquette/
http://www.normandale.edu/assets/prebuilt/OnlineEducation/skills/netiquette.pdf
http://www.bbc.co.uk/webwise/guides/about-netiquette