Wednesday, 26 August 2015

Selfie

Apa itu Selfie?

Selfie adalah menangkap gambar sendiri mengunakan telefon bimbit atau apa jua alat elektronik yang mempunyai kamera dan kemudian dimuat naik dalam laman-laman sosial individu seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Twitter, Wechat, dan sebagainya. Pada mulanya selfie dikenali sebagai self-potrait dalam bahasa Inggeris dan kemudian disingkatkan kepada selfie. Sejarah selfie ini bermula pada tahun 1909 oleh Joe Byron yang menjadi pemilik syarikat Byron, merakam gambar bersama empat rakannya, iaitu Pirie MacDonald, Kolonel Marceau, Pop Teras dan Ben Falk. Mereka berempat adalah pasukan jurugambar di Manhattan dan gambar selfie mereka ditayangkan di Muzium Bandaraya New York.





Sedikit mengenai Selfie

Pada tahun 2013, selfie diumumkan sebagai Word Of The Year oleh Oxford English Dictionary. Terdapat pelbagai jenis gambar selfie dimuat turun dalam laman sosial. Antaranya adalah melihat gambar selfie yang merakam gambar sendiri di tempat tidak sepatutnya. Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baharu dan ibarat lokasi wajib untuk selfie. Paling banyak dilihat adalah selfie di depan cermin tandas awam berbanding rumah sendiri. Kenapa perlu tandas awam? Faktor cermin yang besar hingga menampakkan keseluruhan tubuh membuatkan ia jadi pilihan ramai. Jangan menuding jari kepada satu golongan saja, si jejaka juga tidak kurang hebatnya. Antara lokasi lain yang menjadi pilihan termasuklah dalam kereta, di tempat kerja, atas katil sebelum tidur atau di kedai makan. Seterusnya, Duckface merujuk kepada pose memuncungkan mulut seperti itik. Dengan bibir yang dimuncungkan, ada pihak beranggapan ia boleh menampakkan tulang pipi sekali gus membuatkan wajah si selfie kelihatan berbentuk bujur dan tidak terlalu bulat. Mungkin faktor itulah membuatkan gaya ini menjadi trademark si gadis apatah lagi apabila bibir diwarnakan dengan gincu warna terang. Jangan terkejut apabila ada juga lelaki sukakan gaya ini apatah lagi apabila selfie beramai-ramai dengan rakan wanita. Selain posisi biasa, gaya rakam gambar daripada sisi atas kepala juga antara pilihan. Dipercayai, ia boleh buatkan wajah seseorang khususnya berbentuk bulat kelihatan muncung tirus selain boleh sembunyikan lemak di bawah dagu. Gaya ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa terutama mereka berbadan besar, tetapi pandangan ini dikongsi melalui forum dan blog yang menceritakan mengenai isu ini. Persoalannya adakah perbuatan selfie ini mendatangkan kebaikan atau membawa keburukan. Contohnya kes sekumpulan remaja berdepan risiko dipenjara selepas menceroboh kawasan loji nuklear dan berselfie. Salah seorang remaja itu, Nikita Agapov, berkata mereka memanjat pagar berkawat di loji berkenaan selepas mendapati tiada pengawal. Mereka mengambil beberapa gambar selfie di puncak menara berkenaan sebelum memuat naik dalam laman sosial. Pegawai polis berkata, tindakan remaja itu sangat bahaya dan boleh dihukum penjara sekiranya ditahan.




Keburukan Selfie

(i) Mengundang bunuh diri

(ii) Melakukan perkara di luar jangkaan

Terdapat juga isu bunuh diri disebabkan selfie di London. Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya selfie dengan sempurna cuba bunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar. Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular selfie boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka. Sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama berkaitan keyakinan diri yang mana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara. Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah like paling banyak adalah petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai masalah buat mereka, termasuk kemungkinan hilang keyakinan. Selfie boleh menyebabkan masalah emosi atau mempengaruhi tingkah laku. Penyelidikan menunjukkan, orang yang berselfie ada hubungan emosi dengan laman sosial, dan tingkah laku serta keputusan mereka dipengaruhi oleh bagaimana rakan laman sosial berinteraksi. Kes dua gadis remaja yang terkorban baru-baru ini di Kelantan gara-gara berselfie juga harus menjadi iktibar kepada semua agar jangan melakukan sesuatu secara keterlaluan. Difahamkan kedua-dua gadis malang itu mati lemas selepas tergelincir ke sungai ketika mencari posisi terbaik bagi merakam gambar selfie mereka. Ada juga kes seorang wanita di Amerika Syarikat yang sanggup membelanjakan wang puluhan ribu ringgit untuk membuat pembedahan plastik ke atas wajahnya gara-gara mahukan gambar selfie yang cantik. Memang gambar selfienya selepas pembedahan nampak jauh lebih cantik daripada wajah asalnya, tetapi adakah orang lain akan mengikut langkahnya ini semata-mata untuk kelihatan cantik untuk berselfie?




Kebaikan Selfie

(i) Rakam Pelbagai Gaya

(ii) Merakam kenangan indah

Kebaikan seterusnya, perniagaan juga mendapat keuntungan dengan trend selfie ini. Kini ramai yang menggunakan batang monopod untuk berselfie. Monopod memudahkan lagi pengguna untuk merakam dengan pelbagai gaya. Kecanggihan media kini tertumpu pada selfie melalui Instagram yang sememangnya dikhaskan untuk memuat naik gambar. Manusia mudah dipengaruhi atau diikuti sesuatu yang baharu yang dilihat gaya orang lain seperti fenomena selfie. Namun, kita perlu bijak berfikir apabila ingin mengikuti trend terbaharu yang diperkenalkan sama ada mendatangkan kebaikan atau keburukan. Kebaikan selfie adalah ia meningkatkan keyakinan diri. Keburukannya, ia boleh memalukan diri sendiri disebabkan gaya yang jelik. Jadi, guna medium teknologi terkini dengan bijak supaya kita tidak hanyut dengan perkara sia-sia.



Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, semoga anda mendapat manfaat

Monday, 24 August 2015

Hashtag #

APA ITU HASHTAG # ?

Hashtag adalah jenis label atau tag metadata digunakan pada rangkaian dan micro-blogging perkhidmatan sosial yang menjadikan ia lebih mudah bagi pengguna untuk mencari mesej dengan tema atau kandungan tertentu. Pengguna membuat dan menggunakan hashtags dengan meletakkan watak hash (atau tanda nombor) # di hadapan perkataan atau frasa unspaced, sama ada dalam teks utama mesej atau pada akhir. Mencari yang hashtag kemudian akan membentangkan setiap mesej yang telah ditandakan dengan.

Sebagai contoh, pada perkhidmatan perkongsian foto Instagram #bluesky hashtag membolehkan pengguna untuk mencari imej yang telah ditandakan sebagai mengandungi langit, dan # cannes2014 adalah tag yang sesuai untuk imej dari 2014 Festival Filem Cannes. Hashtags boleh digunakan untuk mengumpul pendapat awam mengenai peristiwa dan idea-idea di, korporat, atau peringkat dunia tempatan. Sebagai contoh, mencari Twitter untuk # worldcup2014 kembali banyak tweet dari individu di seluruh dunia tentang Piala Dunia FIFA 2014.

Hashtag telah digunakan untuk aktiviti sosial. Twitter hashtags #notallmen dan #yesallwomen digunakan untuk berdebat kebencian thd wanita selepas 2014 pembunuhan Isla Vista; manakala hashtag #illridewithyou ini dicipta untuk menandakan mesej sokongan bagi umat Islam Australia menggunakan pengangkutan awam selepas 2014 Sydney krisis tebusan.





KEGUNAAN HASHTAG #

Hashtags kebanyakannya digunakan secara tidak terkawal di forum perbincangan; mana-mana kombinasi aksara yang diketuai oleh simbol hash adalah hashtag, dan sebarang hashtag, jika dipromosikan oleh individu yang cukup, boleh "trend" dan menarik pengguna lebih individu untuk perbincangan. Di Twitter, apabila hashtag yang menjadi amat popular, ia akan muncul dalam "Tren Topik" kawasan utama pengguna. Topik-topik trending boleh dianjurkan oleh kawasan geografi atau oleh semua Twitter. Hashtags adalah tidak berdaftar dan tidak dikawal oleh mana-mana satu pengguna atau kumpulan pengguna, dan mereka juga tidak boleh "bersara" dari kegunaan awam, bermakna bahawa mana-mana hashtag diberikan secara teori boleh digunakan selama-lamanya. Mereka juga tidak mengandungi apa-apa definisi set, bermakna hashtag tunggal boleh digunakan untuk beberapa tujuan seperti yang ditekankan oleh mereka yang menggunakan mereka.

Hashtags bertujuan untuk perbincangan tentang peristiwa tertentu cenderung untuk menggunakan kata-kata kabur untuk mengelak daripada terperangkap dengan perbualan umum mengenai perkara-perkara yang sama, seperti perayaan kek menggunakan "#cakefestival" dan bukannya hanya "#cake". Walau bagaimanapun, ini juga boleh membuat ia sukar bagi topik yang menjadi "trend topik" kerana orang sering menggunakan ejaan atau perkataan yang berbeza untuk merujuk kepada topik yang sama. Dalam usaha untuk topik menunjukkan arah aliran, perlu ada kata sepakat, sama ada senyap atau dinyatakan, bahawa hashtag merujuk kepada bahawa topik tertentu.

Hashtags juga berfungsi sebagai isyarat agar pengguna untuk mencari dan "mengikuti" (melanggan) atau "senarai" (menyusun ke dalam senarai kenalan awam) pengguna lain dan pengunjung.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, penyiar seperti Channel 4 telah menggunakan hashtag semasa siaran program seperti Tarikh Pertama dan The Undateables. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa nombor penonton naik apabila elemen interaktif tweeting semasa melihat sesuatu di TV berlaku.

Hashtags boleh digunakan pada Instagram rangkaian sosial, dengan menyiarkan gambar dan hashtagging dengan subjeknya. Sebagai contoh, gambar diri sendiri dan rakan dihantar ke rangkaian sosial boleh hashtagged #bffl atau #friends. Instagram telah mengharamkan hashtags tertentu, beberapa kerana mereka terlalu generik, seperti #photography #iPhone #iphoneography, dan oleh itu tidak memenuhi tujuan. Mereka juga telah disekat hashtags yang boleh dikaitkan dengan aktiviti menyalahi undang-undang, seperti penggunaan dadah. Larangan terhadap hashtags tertentu mempunyai peranan yang berbangkit dalam cara yang masyarakat bawahan tertentu dibina dan dikekalkan di Instagram. Walaupun dasar kandungan Instagram, pengguna mencari cara-cara kreatif untuk mengekalkan amalan mereka dan akhirnya mengelakkan penapisan.


Hashtags juga digunakan secara tidak rasmi untuk menyatakan konteks sekitar mesej yang diberikan, tanpa niat untuk benar-benar mengkategorikan mesej untuk pencarian kemudian, perkongsian, atau sebab-sebab lain. Ini boleh membantu humor ekspres, kegembiraan, kesedihan atau isyarat konteks lain, sebagai contoh "Ia Isnin !! #sarcasm #excited"



Monday, 17 August 2015

Navigation Form

*Untuk memudahkan anda melihat jadual yang banyak, jadi anda tidak perlu bersusah-payah untuk mencari form anda yang banyak. Hanya klik pada tempat yang disediakan.


Cara Membuat Navigation Form.

1) Buka fail Microsoft Access anda.

2) Pergi ke 'create' dan klik pada 'navigation'


3) Setelah itu, pelbagai jenis bentuk 'navigation form' akan keluar. Anda boleh pilih mana yang anda suka.


Bagi 'Horizontal Tabs'

1) Klik pada 'Horizontal Tabs'


2) Dan ia akan menjadi begini


3) Klik pada 'add new' untuk memasukkan form anda. 

4) Pilih sahaja form yang anda mahu.


5) Selepas itu klik pada form yang anda mahu. Kemudian leretkannya pada 'add new' dan ia akan menjadi begini 


6) Klik lagi 'add new' untuk menambah sebanyak mana form yang anda mahu.





Bagi Vertical Tabs, Right

1) Klik pada 'Vertical Tabs, Right'



2) Dan ia akan menjadi begini.



3) Seperti navigation yang lain juga. Klik pada 'add new' untuk memasukkan form anda.

4) Pilih form mana yang anda mahu dan leretkan pada 'add new' dan ia akan menjadi begini 







Monday, 10 August 2015

Sub-Form

1)  Buka form yang sedia ada.



2) Setelah itu, buka satu lagi form baru yang hanya mempunyai data yang anda kehendaki. Contoh, bagi jadual Pembelian Pelanggan saya, saya hanya mahu data minyak wangi yang dibeli oleh pelanggan saya, jadi, saya pergi ke 'table' yang saya simpan data pelanggan saya lalu saya hanya ambil data 'ID dan Nama pelanggan' setelah itu saya namakan jadual sebagai 'pembelian'.



3) Pergi ke form yang sedia ada iaitu form Pembelian Pelanggan.

2) Pergi ke 'view' dan klik pada 'design view'



3) Klik pada 'subform/subreport' dan leretkan pada form anda.


4) Subform wizard akan muncul



5) Klik pada 'use existing tables and queries'.

6) Pilih nama form anda dan klik pada 'next'



7) Setelah itu, klik pada 'choose from a list'

8) Pilih sama ada ingin 'show for each record using pelanggan, id atau lain lain bergantung pada anda'

9) Setelah itu, pilihan anda akan muncul di bawah itu lalu klik 'next'



10) Tuliskan nama yang anda suka untuk subform anda. Dan setelah itu, klik pada 'finish'


11) Ia akan menjadi begini. Setelah itu anda boleh menambah logo, mengedit font, menambah tarkh dan masa serta menambah 'button'.

12) Dan sub-form anda telah siap.







Wednesday, 5 August 2015

Untuk Menghias Combo Box di Form


1) Klik pada 'view' lalu pilih 'design view'


2) Lalu form anda akan jadi begini



3) Lihat di bahagian atas sekali, klik pada 'combo box'



4) Leretkan di form.

5) Setelah itu, combo box wizard akan terpapar pada skrin komputer/laptop anda. Klik pada 'I want the combo box to get the values from another table or query'. Setelah itu klik 'next'.



6) Pilih table apa  yang ingin anda gunakan. Contoh, jenis perfume.



7) Setelah itu, pilih view as 'tables' , 'queries' , atau 'both'. *untuk lebih senang, anda boleh view as 'tables' je. Then, klik 'next'.

8) Atribut bagi table anda akan keluar. Contoh, table yang saya pilih ialah jenis perfume jadi atribut yang keluar ialah ID, Nama Perfume dan Harga. Saya memilih harga. *ia bergantung kepada anda untuk memilih yang mana berdasarkan kehendak anda. Setelah itu, klik 'next'.



9) Data bagi atribut pilihan anda akan keluar. Jika tidak keluar, kemungkinan anda telah salah buat. Jika data anda telah keluar dengan jayanya anda klik 'next'.



10) Namakan tajuk bagi combo box anda. Contoh, Harga.



11) Klik 'finish'


Bagi Mencantikkan Lagi Form Anda

1) Pergi ke 'themes' yang berada di sebelah 'view'. Klik tema mana yang anda suka serta anda boleh menukar warna di 'colours' dan font di 'fonts'.



2) Anda juga boleh menambah logo di dalam Form anda. Caranya ialah Klik pada 'logo'.



3) Setelah itu, anda boleh memilih gambar dari folder anda ataupun dari laman-laman internet yang anda suka.



4) Untuk mengedit tajuk anda dengan lebih cantik. Anda boleh 'bold'kannya lalu klik pada 'home'. Di situ anda boleh menukar warna fontnya ataupun jenis fontnya dan lain-lain.



5) Anda juga boleh meletakkan tarikh dan masa. Ia terletak di 'date and time', di bawah 'title.



6) Setelah itu, 'dialog box' akan muncul, and aboleh memilih design tarikh dan amsa yang mana menarik pilihan anda. Setelah itu, klik 'OK'.

7) Untuk mewarnakan kotak di dalam form, anda klik 'left' pada mouse anda sehingga keluar warna kuning di tepi box, setelah itu klik 'right' pada mouse anda lalu ia akan keluar begini.



8) Anda boleh memilih untuk mencorakkan box anda.

9) Dan setelah siap, klik pada 'view' lalu anda akan melihat hasil kerja anda.



10) Taraaa





Monday, 3 August 2015

Combo Box

APA ITU COMBO BOX?

Combo Box ataupun dalam bahasa Melayu, kotak kombo adalah objek atau kawalan yang terdapat pada Form/Borang dalam Microsoft Access. Ia adalah senarai drop-down daripada nilai-nilai yang boleh dipilih oleh pengguna. Anda boleh menyediakan kotak kombo untuk menyekat dan memberi pilihan kepada pengguna untuk item dalam senarai. Atau anda boleh membenarkan pengguna untuk memasukkan nilai yang tidak terkandung dalam senarai dan pilih item dari senarai.




CARA MEMBUAT COMBO BOX DI FORM

1) Klik pada 'view' lalu pilih 'design view'


2) Lalu form anda akan jadi begini



3) Lihat di bahagian atas sekali, klik pada 'combo box'



4) Leretkan di form.

5) Setelah itu, combobox wizard akan terpapar pada skrin komputer/laptop anda. Klik pada 'I want the combo box to get the values from another table or query'. Setelah itu klik 'next'.



6) Pilih table apa  yang ingin anda gunakan. Contoh, jenis perfume.



7) Setelah itu, pilih view as 'tables' , 'queries' , atau 'both'. *untuk lebih senang, anda boleh view as 'tables' je. Then, klik 'next'.

8) Atribut bagi table anda akan keluar. Contoh, table yang saya pilih ialah jenis perfume jadi atribut yang keluar ialah ID, Nama Perfume dan Harga. Saya memilih harga. *ia bergantung kepada anda untuk memilih yang mana berdasarkan kehendak anda. Setelah itu, klik 'next'.



9) Data bagi atribut pilihan anda akan keluar. Jika tidak keluar, kemungkinan anda telah salah buat. Jika data anda telah keluar dengan jayanya anda klik 'next'.



10) Namakan tajuk bagi combo box anda. Contoh, Harga.



11) Klik 'finish'

12) Klik pada 'view'



13) Dan combo box anda telah siap.