Monday, 25 January 2016

Membuat Query dari satu jadual


1.      Buka pangkalan data yang sedia ada (jualan perfume) pada Microsoft Access.




2.      Setelah itu, klik pada table yang anda ingin gunakan. Contoh, saya memilih table ‘pembelian’




3.      Setelah itu, pada ribbon, klik tab ‘create’. Setelah itu, akan ada 2 pilihan iaitu , query wizard atau query design. Query wizard ialah semuanya tersedia sendiri manakala query design anda boleh design anda punya query sendiri.



4.     Setelah klik pada query wizard, ia akan keluar begini. Klik pada ‘simple query wizard’ dan klik          ‘ok’



6.      Setelah itu, ia akan keluar begini. Pastikan table/queries anda merupakan table yang anda pilih. Setelah itu, masukkan field yang anda mahu dan klik ‘next’.      Lepas itu, anda boleh namakan apa yang anda mahu untuk query anda. Dan klik pada ‘finish’


7. Setelah itu, ia akan jadi sebegini.

8. Pergi ke ‘view’ dan klik pada ‘design view’.



9.  Ia akan keluar begini. Pilih pada field mana yang anda ingin gunakan. Sebagai contoh, saya ingin menggunakan field ‘nama perfume’


10. Anda boleh ‘run’ kan query anda.


11. Setelah itu, ia akan menjadi begini. Seterusnya, anda klik ‘filter’ untuk mengasingkan jenama-jenama perfume itu. Contoh, saya hanya mahu mengetahui jumlah perfume Polo yang berjaya dijual.



12. Setelah klik pada ‘filter’ klik pula pada text filters dan kemudiannya ‘equals’



13. Setelah itu, taip jenama perfume yang anda mahu lihat rekod jualannya. Contoh, polo.


14. Dan ianya telah siap, hanya jadual pembelian perfume polo yang keluar.





p/s andai kata anda tidak faham, anda boleh kemukakan pertanyaan pada ruangan komen

Friday, 15 January 2016

Anomali dan Jenis jenis Anomali


Anomali

Maksud :      Anomali berlaku kerana rekabentuk pangkalan data yang tidak sesuai. Anomali selalu dikenali sebagai anomali ubah suai data. Terdapat 3 jenis anomali iaitu


1.      Anomali kemas kini/ Pengubahsuaian (Update)
2.      Anomali hapus data/ Penghapusan (Delete)
3.      Anomali tambah data/ Penambahan (Insert)

Anomali akan menyebabkan pertindihan (redundancy) dan pengulangan data (data duplication) yang menyebabkan pembaziran ruang storan dan kekurangan integriti dalam pangkalan data

Jenis jenis Anomali

Anomali Penambahan (Insert)

Definisi : Anomali yang berlaku apabila hendak menambah nilai ke dalam hubungan.

Contoh :

Makanan yang dipesan di Bakeri Harmoni

Kod Makanan
Nama Makanan
Harga
Pembeli
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Zalina
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Abu
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Ahmad
AA102
Kek Batik
RM3.50
Abu
AA102
Kek Batik
RM3.50
Kirana
AA103
Pavlova
RM2.00
Fatimah
Pada paparan skrin
Kod Makanan
Nama Makanan
Harga
Pembeli
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Zalina
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Abu
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Ahmad
AA102
Kek Batik
RM3.50
Abu
AA102
Kek Batik
RM3.50
Kirana
AA103
Pavlova
RM2.00
Fatimah
AA104
Kek Pelangi
RM3.20
Yang sebenarnya

Berlaku apabila kemasukan satu fakta berkenaan satu perkara memerlukan fakta berkenaan dengan perkara lain turut dimasukkan
Ini bermaksud, anomali ini berlaku kerana data tidak diisi dengan penuh. Contoh, AA104 iaitu kek pelangi ada dijual di Bakeri Harmoni tetapi data mengenainya tidak boleh dipaparkan kerana tiada pesanan yang dibuat. Jadi data mengenai AA104 tidak boleh dipaparkan pada skrin kerana fakta untuk kek pelangi tidak lengkap.



Anomali Penghapusan (Delete)

Definisi : Anomali yang berlaku apabila hendak menghapuskan satu nilai dalam hubungan.

Contoh :


Makanan yang dipesan di Bakeri Harmoni

Kod Makanan
Nama Makanan
Harga
Pembeli
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Zalina
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Abu
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Ahmad
AA102
Kek Batik
RM3.50
Abu
AA102
Kek Batik
RM3.50
Kirana
AA103
Pavlova
RM2.00
Kirana


Yang sebenarnya
Kod Makanan
Nama Makanan
Harga
Pembeli
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Zalina
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Abu
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Ahmad
AA102
Kek Batik
RM3.50
Abu 
Pada paparan skrin selepas arahan hapus pesanan Kirana dilakukan

Ia berlaku apabila fakta berkenaan 2 perkara atau lebih akan terlepas dengan satu arahan hapus dilaksanakan

Ini bermaksud, anomali ini berlaku apabila kita hendak membuang nilai dalam hubungan. Sebagai contoh, Kirana telah membatalkan pesanannya iaitu Kek Batik jadi pihak Bakeri Harmoni terpaksa memadam pesanan Kirana tetapi pada masa yang sama pesanan Kirana yang lain juga iaitu Pavlova akan turut terpadam. Ini kerana, apabila arahan hapus atau delete dilaksanakan, semua yang berkenaan dengan fakta akan dihapuskan.




Anomali Pengubahsuaian/Pengemaskinian (Update)

Definisi : Anomali yang berlaku apabila hendak mengubah satu nilai data dalam hubungan.

Contoh :

Makanan yang dipesan di Bakeri Harmoni

Kod Makanan
Nama Makanan
Harga
Pembeli
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Zalina
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Abu
AA101
Donut Coklat
RM2.00
Ahmad
AA102
Kek Batik
RM3.50
Abu
AA102
Kek Batik
RM3.50
Kirana
AA103
Pavlova
RM2.00
Fatimah
Yang sebenarnya

Kod Makanan
Nama Makanan
Harga
Pembeli
AA101
Donut Lazat
RM2.00
Zalina
AA101
Donut Lazat
RM2.00
Abu
AA101
Donut Lazat
RM2.00
Ahmad
AA102
Kek Batik
RM3.50
Abu
AA102
Kek Batik
RM3.50
Kirana
AA103
Pavlova
RM2.00
Fatimah
Selepas setiap nilai ditukar nama

Ia berlaku apabila kemas kini terhadap satu fakta memerlukan perubahan fakta dalam beberapa baris yang lain

Ini bermaksud, anomali ini berlaku apabila kita hendak mengubah nilai/fakta dalam hubungan. Contoh, pihak Bakeri Harmoni ingin menukar nama menu Donut Coklat kepada nama Donut Lazat, mereka terpaksa menukar data Donut Coklat satu per satu. Andai kata terdapat beratus pesanan Donut Coklat, kita terpaksa menukar namanya banyak kali. Ini mendatangkan kesukaran kerana jika terdapat banyak data, mana mungkin kita mampu menukar data satu per satu.