Friday, 8 January 2016

Apa itu Query dalam Microsoft Access ??


Query berfungsi untuk menapis dan memaparkan data dari pelbagai kriteria dan urutan yang kita kehendaki. Sebagai contoh, kita ingin menunjukkan pekerja yang beralamat di Kuala Lumpur atau memaparkan pekerja yang berjantina perempuan. Semua ini boleh dilakukan dengan menggunakan kemudahan Query. Selain itu query juga boleh digunakan untuk memaparkan data dari dua jadual atau lebih dengan syarat di antara jadual itu ada field yang berkaitan. Contohnya, kita ingin melihat NIS 20324 nama pelajarnya siapa? Nama orang tuanya siapa? Query biasanya digunakan sebagai sumber data untuk Report dan Form.

Ada dua cara untuk membuat Query, iaitu dengan:
1. Create query by using wizard
2. Create query in design view

Istilah-istilah yang digunakan dalam Query
Field: nama field yang ingin dipaparkan
Table: nama jadual dari field tersebut
Sort: menyusun data hasil query
Show: menetapkan field dipaparkan atau tidak
Criteria: syarat dari data yang ingin dipaparkan.

No comments:

Post a Comment