Thursday, 18 February 2016

Code Division Multiple Access (CDMA)

CDMA adalah sebuah cara komunikasi yang mengirimkan data melalui kaedah pengiriman dalam bentuk kod unik yang mengatur paket data yang dikirim.


Sejarah

Teknologi CDMA pada awalnya digunakan dalam komunikasi radio militer Amerika Syarikat (AS) yang digunakan pada Perang Dunia Kedua. Tujuan CDMA ini digunakan adalah untuk menganggu transmisi Jerman. Mereka memutuskan untuk mentransmisikan bukan hanya pada satu frekuensi tetapi banyak frekuaensi. Misi mereka ini telah menyukarkan Jerman untuk menangkap talian yang lengkap. Bermula tahun 1990, teknologi ini dipelopori oleh  Qualcomm, Inc dan dijadikan standard selular digital di AS sejak tahun 1993. Teknologi ini sangat selamat kerana tidak dapat dicipta dengan serupa oleh orang lain.

Kini, CDMA semakin meluas digunakan dalam banyak sistem komunikasi termasukpada Global Positioning System (GPS) dan pada sistem satelit OmniTRACS. Sistem terakhir direka dan dibangunkan oleh Qualcomm an bakal membantu Qualcomm bagi menemukan Soft Handoff dan kendali tenaga cepat, teknologi yang diperlukan untuk menjadikan CDMA praktik dan efisyen untuk komunikasi selular.

Kelebihan

  • Kos biaya yang diperlukan lebih murah berbanding menggunakan GSM.
  • Kualiti panggilan yang lebih baik dan lancar.
  • Tidak memerlukan equalizer untuk mengatasi gangguan sprektrum talian.
  • Dapat bergabung dengan kaedah akses lain dan tidak memerlukan guard time untuk melihat rentang masa dan guard band untuk menjaga intervensi .
  • Tidak memerlukan lokasi dan pengelolaan frekuensi. Memiliki perlindungan semasa dari hacker.
  • Memiliki kapasiti yang sedikit untuk membatasi pengguna akses.


Kekurangan 

  • Harga modem relative yang mahal terutamanya yang mendokong teknologi Evdo Rev.A (3.1mbps)
  • Jaringan CDMA yang masih belum meluas

Electronically Erasable Programable Read Only Memory (EEPROM)


EEPROM merupakan komponen yang banyak digunakan pada peralatan elektronik untuk menyimpan konfigurasi data. Kapasitinya terbatas, biasa digunakan pada sistem hardware untuk menyimpan data konfigurasi bios dan setting yang berhubungan.

Sejarah

Dicipta oleh DOV Frohman dari Intel pada tahun 1971.

Operasi

  • EEPROM boleh diatur cara semula puluhan ke ratusan ribu kali.
  • EEPROM moden boleh diatur semula satu juta kali.
  • EEPROM perkara utama digunakan dalam peranti untuk menyelamatkan penentukuran (calibration).

Tuesday, 16 February 2016

Tranmission Control Protocol (TCP)


TCL merupakan salah satu protokol teras bagi Suit Protocol Interface (SPI). TCP membekalkan khidmat pertukaran keutuhan data secara langsung di antara dua hos rangkaian pesanan merentasi satu atau lebih rangkaian.

Sejarah

Pada bulan Mei 1974, IEEE menerbitkan kertas kerja protokol untuk paket rangkaian.

Operasi TCP

1) Dengar

  • Menunggu permintaan sambungan dari mana-mana TCP yang jauh.
2) Ditubuhkan
  • Mewakili sambungan yang terbuka, data yang diterima dapat disampaikan kepada pengguna.
3) Tutup
  • Menunggu sambungan penamatan permintaan pengakuan dari TCP yang jauh

Monday, 15 February 2016

Extended Binary Coded Decimal Interchange Code (EBCDIC)


EBCDIC merupakan kod binari untuk aksaraabjad atau angka yang dibangunkan oleh IBM.

Sejarah

Dicipta pada tahun 1963 dn 1964.

Contoh Kod

A = 11000001
B = 11000010

Faedah

Terdiri daripada aksara 8 bit dan bukannya 6 bit iaitu aksara yang lama.

Kekurangan 

Hanya boleh digunakan untuk memproses aksara bahasa Inggeris dan bukannya bahasa Arab

Saturday, 13 February 2016

SYSTEM DEVELOPMENT LIFE CYCLE / KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA (SDLC)

SDLC merupakan satu kaedah pembangunan sistem pangkalan data yang lama.

             1      PERANCANGAN
      •       Analisis awal untuk menentukan objektif dan skop masalah untuk menjadikannya lebih efisyen dan memudahkan dalam membna sistem baru.
      •      Menentukan kos dan faedah setiap penyelesaian
      •      Mengemukakan pelan awal dengan cadangan
      •      Menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk mengenalpasti kejayaanya
             2     ANALISIS
      • Mengumpulkan data melalui sesi temuduga, soal selidik dan pemerhatian.
      • Mengenalpasti fungsi sistem serta kelebihan dan kekurangan sistem sedia ada agar masalah yang timbul dapat diatasi.
      • Mengkaji dan memahami masalah secara lebih mendalam untuk diselesaikan dengan pembangunan sistem baru.

                  3     REKA BENTUK  
      •       Menggambarkan sistem baru atau sistem yang telah diubahsuai.
      •       Proses reka bentuk ini melibatkan reka bentuk logical dan fizikal.
      •       Alatan yang digunakan dalam menggambar sistem ialah Rajah Hubungan Entiti dan Rajah Aliran Data. 
                  4      PELAKSANAAN
      •       Membangunkan perisian.
      •       Membuat keputusan sama ada ingin membuat sendiri program atau beli.
      •       Memperoleh perkakasan untuk menjalankan sistem
      •       Membuat ujian pada sistem; ujian unit dan ujian sistem
      •            i.  Menterjemah pelan reka bentuk sistem ke dalam kod aturcara.            ii. Memilih bahasa pengaturcaraan yang sesuai.
                  iii. Memastikan komponen yang ditetapkan berfungsi.
                  iv.  Tugas pengaturcaraan dibuat oleh pengaturcara.
      •       Membuat pengujian pada sistem untuk memastikan sistem berfungsi dengan baik dan tiada ralat sintak atau logic serta untuk baiki kelemahan.
                 5      PENYENGGARAAN
      •       Sistem baru akan terus digunakan jika tiada masalah.
      •       Sistem akan dikaji semula untuk memastikan sama ada objektif tercapai atau tidak.
      •       Penyenggaraan dalam aspek kemaskini sistem bagi memenuhi keperluan dan menambah fungsi dari semasa ke semasa.

Transaction Control Language / Transaksi Kawalan Bahasa (TCL)


TCL merupakan bahasa SQL yang digunakan untuk megawal transaksi dalam sistem pangkalan data. Transaksi merupakan unit logik kerja yang terdiri daripada 1 atau lebih kenyataan SQL.

Fungsi
  • Digunakan untuk menguruskan perubahan yang dibuat oleh kenyataan DML (Data Manipulation Language).
  • TCL merupakan arahan SQL yang terdiri daripada COMMIT, ROLLBACK dan SAVEPOINT.

                                i.            COMMIT
Ø  Arahan yang digunakan untuk menyimpan kerja yang dilakukan dalam pangkalan data.
Ø  Secara logiknya, transaksi yang dilakukan pada point tertentu pada semua data yang telah ditunjuk adalah merupakan tanggungjawab programmer.
Ø  Transaksi tidak boleh dilancarkan kembali selepas laporan transaksi dikeluarkan kerana pengubahsuaian telah dibuat pada sebahagian data pada pangkalan data.

                              ii.            SAVEPOINT
Ø  Arahan yang digunakan untuk mengenalpasti point yang telah disetkan dalam transaksi yang kemudiannya point tersebut akan dilancarkan kembali.
Ø  Sangat berguna semasa melakukan kerja yang rumit agar tiada kesalahan yang akan dilakukan oleh programmer.

                            iii.            ROLLBACK
Ø  Fungsinya ialah untuk memulihkan pangkalan data yang telah diubahsuai kepada asal.

Ø  Rollback memadam semua pengubahsuaian yang telah dilakukan pada permulaan transaksi savepoint pada pangkalan data.

Tuesday, 9 February 2016

Integrated Development Environment / Pembangunan Persekitaran Bersepadu (IDE)


IDE merupakan sebuah program software aplikasi yang memberikan fasilititi kepada programmer ketika membuat program. Biasanya, sebuah IDE terdiri dari source code editor build automation tools dan debugger. Untuk menulis sebuah program oleh menggunakan text editor atau IDE. Bagi yang sudah mahir menulis program dengan menggunakan text editor, ia pasti tidak menjadi masalah namun bagi seseorang yang baru mahu belajar menulis program, adalah seeloknya menggunakan IDE.

Jenis

  • Code block IDE (IDE percuma yang sangat baik untuk membuat program C++)
  • Creator IDE (merupakan kegunaan untuk pembuatan aplikasi C++ berasaskan dengan QT Framework.

Monday, 8 February 2016

Motion Pictures Experts Group (MPEG)


MPEG merupakan satu kumpulan kerja ISO (International Standard Organisation). Istilah ini merujuk kepada satu keluarga atau kumpulan mampatan video digital dan format-format fail yang dihasilkan oleh kumpulan tersebut.

Sejarah

  • Diasaskan oleh ISO dan IEC (International Electronical Commition) bertujuan untuk audio, mampatan audio dan transmisi.
  • MPEG dihasilka dalam tahun 1988 oleh Hiroshi Yasuda (Nippon Telegraph and Telephone) dan Leonard Chariglione.
  • Pada Mei 1988 di Ottawa, Kanada telah berlangsungnya mesyuarat pertama MPEG.
  • Dalam bulan akhir 2005, MPEG telah mempunyai seamai 350 ahli setiap mesyuarat daripada pebagai industri, universiti dan institusi pengajian.

Kelebihan

  • Disokong oleh semua pelayar web popular.
  • Menggabungkan kualiti video yang tinggi dan saiz fail yang kecil.
  • Kemungkinan mewujudkan konsep pengekodan baru berasaskan MPEG.

Thursday, 4 February 2016

Apa itu Syarat dalam Microsoft Access


Syarat bermaksud sesuatu keadaan yang ditunjukkan dengan keadaan tertentu seperti menggunakan ‘sort ascending’, ‘sort descending’, filter satu data sahaja. Sebagai contoh, dalam jadual pembelian perfume terdapat banyak jenis perfume seperti Gucci dan lain-lain tapi anda mahu jadual hanya memaparkan jadual pembelian perfume Gucci sahaja.


Cara memaparkan data query yang pertama

1. Mula-mula, paparkan table.



2. Setelah itu, taip di ‘criteria’ apa yang anda ingin kelaskan. Contoh, saya hanya mahu menunjukkan pembelian cik Amani jadi saya menaip nama nama cik Amani di kotak criteria. (jangan lupa untuk menggunakan symbol “ ” sebelum menaip syarat anda.


3. Setelah itu, klik pada ‘run’


4. Dan ia akan menjadi begini



5. Sebenarnya jadualnya adalah begini



6. Namun apabila diletakkan syarat, hanya mahukan jadual pembelian bagi cik Amani, maka ia hanya akan keluar begini



Cara memaparkan data query yang kedua

1. Setelah paparkan table, taip pada ‘criteria’ seperti berikut.



2. Taip [masukkan data pembeli]. (pastikan anda gunakan symbol [] ini)

3. Setelah itu, klik pada ‘run’




4. Dan ia akan keluar begini setiap kali anda mahu tukar syarat query anda. Contoh, encik razak




5. Dan ia akan menjadi begini



6.  Jika anda mahukan syarat yang lain pula. Anda boleh klik pada ‘view’ semula dan klik pada ‘run’. Box akan keluar lagi sekali dan anda boleh taip nama pembeli yang lain seperi cik Amani.




7. Dan data pembelian cik Amani akan keluar




Untuk keluarkan SQL

1.      Pergi ke ‘view’ dan klik pada ‘view SQL’




2.      Dan SQL nya akan muncul



Membuat Query dalam 2 jadual

1. Buka fail pangkalan data yang sedia ada iaitu Jualan Perfume.

2. Pastikan nama-nama jadual dan nama-nama medan dalam database yang anda mahu buat query itu betul (boleh lihat pada relationship)



3. Setkan pertanyaan (query) mengikut kehendak anda. Contohnya, nama pelanggan yang membeli perfume ataupun nombor telefon mereka. Ketiga-tiga medan itu adalah dari 2 jadual yang berkaitan iaitu jadual pelanggan dan pembelian.

4. Setelah itu, klik pada ‘Create’ yang berada di ribbon dan pilih sama ada inginkan ‘query wizard’ ataupun ‘query design’.



5. Saya memilih ‘query design’ setelah itu, klik pada ‘add’ untuk meletakkan jadual yang anda pilih iaitu jadual pelanggan dan pembelian.



6. Setelah itu, ia akan menjadi begini. Masukkan apa yang anda mahukan iaitu nombor telefon pelanggan dan nama pelanggan yang beli perfume dan jenis perfume yang dibeli pelanggan.



7. Dan ia akan menjadi begini.



8. Setelah itu. Klik pada ‘save’ dan namakan query anda.


9. Klik pada ‘run’



10. Dan ia akan menjadi begini, hanya ada nama pelanggan serta nama perfume yang dibeli dan no phone mereka.



11. Setelah itu, klik pada ‘view’ dan klik pada ‘sql view’


12. Dan SQL nya adalah begini