Saturday, 13 February 2016

SYSTEM DEVELOPMENT LIFE CYCLE / KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA (SDLC)

SDLC merupakan satu kaedah pembangunan sistem pangkalan data yang lama.

             1      PERANCANGAN
      •       Analisis awal untuk menentukan objektif dan skop masalah untuk menjadikannya lebih efisyen dan memudahkan dalam membna sistem baru.
      •      Menentukan kos dan faedah setiap penyelesaian
      •      Mengemukakan pelan awal dengan cadangan
      •      Menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk mengenalpasti kejayaanya
             2     ANALISIS
      • Mengumpulkan data melalui sesi temuduga, soal selidik dan pemerhatian.
      • Mengenalpasti fungsi sistem serta kelebihan dan kekurangan sistem sedia ada agar masalah yang timbul dapat diatasi.
      • Mengkaji dan memahami masalah secara lebih mendalam untuk diselesaikan dengan pembangunan sistem baru.

                  3     REKA BENTUK  
      •       Menggambarkan sistem baru atau sistem yang telah diubahsuai.
      •       Proses reka bentuk ini melibatkan reka bentuk logical dan fizikal.
      •       Alatan yang digunakan dalam menggambar sistem ialah Rajah Hubungan Entiti dan Rajah Aliran Data. 
                  4      PELAKSANAAN
      •       Membangunkan perisian.
      •       Membuat keputusan sama ada ingin membuat sendiri program atau beli.
      •       Memperoleh perkakasan untuk menjalankan sistem
      •       Membuat ujian pada sistem; ujian unit dan ujian sistem
      •            i.  Menterjemah pelan reka bentuk sistem ke dalam kod aturcara.            ii. Memilih bahasa pengaturcaraan yang sesuai.
                  iii. Memastikan komponen yang ditetapkan berfungsi.
                  iv.  Tugas pengaturcaraan dibuat oleh pengaturcara.
      •       Membuat pengujian pada sistem untuk memastikan sistem berfungsi dengan baik dan tiada ralat sintak atau logic serta untuk baiki kelemahan.
                 5      PENYENGGARAAN
      •       Sistem baru akan terus digunakan jika tiada masalah.
      •       Sistem akan dikaji semula untuk memastikan sama ada objektif tercapai atau tidak.
      •       Penyenggaraan dalam aspek kemaskini sistem bagi memenuhi keperluan dan menambah fungsi dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment