HTML ialah
singkatan dari Hyper Text markup Language yang merupakan file teks atau
file ASCII yang mengandungi arahan/script kepada web browser untuk
menampilkan suatu tampilan grafik dari sebuah laman web.
HTML ini lebih mudah ditakrifkan
sebagai bahasa tanda yang digunakan untuk membuat laman web. Ianya lebih kepada
bahasa yang menetapkan corak paparan sesebuah dokumen yang akan diterjemah oleh
pelayar web (web browser).
Sejarah
HTML dicipta ole Tim Berners-Lee ketika
masih bekerja untuk CERN dan HTML ini pertama kali dipopularkan oleh browser
Mosaic. Era awal 1990, HTML telah berkembang pesat dan setiap pengembangannya
pasti akan ada penambahbaikan pada kemampuan dan kemudahan yang lebih baik dari
versi sebelumnya. Perkembangan HTML ini menyebabkan browser juga turut
menaiktaraf diri supaya boleh menyokong kod – kod HTML yang baharu.
Fungsi
- Mencipta, mereka, mengawal paparan dari webpage dan kandungannya.
- Memaparkan dokumen secara atas talian sehingga boleh diakses dan dilihat dari seluruh dunia.
- Mencipta borang online yang boleh digunakan untuk menguruskan pendaftaran dan transaksi secara atas talian.
- Menambah objek – objek seperti imej, audio, video dan juga Java dalam document HTML.
- Tag: <tag> contoh: <body>
- Element: <tag>……………</tag> contoh: <title>TAJUK</title>
- Atribut: <tag attribute=”…..”>………………</tag> contoh: <div id=”html”>Apa itu HTML? </div>
Tag Asas HTML
Ø <html> -
merupakan tag utama untuk halaman HTML.
Ø <head> -
semua elemen head diletakkan di tag ini.
Ø <title>
- menampilkan tajuk halaman.
Ø <body> -
kandungan halaman. Apa – apa sahaja yang ditulis di body akan dipaparkan pada
halaman HTML.
No comments:
Post a Comment