Monday, 11 April 2016

Switchboard dalam Ms Access

Switchboard adalah suatu alat yang membolehkan anda melayari dalam pangkalan data. Ia menyediakan anda satu paparan (UI) dengan button (butang) yang boleh diklik untuk membuka borang, report, queries dan lain-lain aplikasi dalam MS Access.

Langkah-langkah untuk membuat Switchboard :
  1. Klik pada ‘switchboard manager’ yang terdapat pada ribbon ‘create’ dan akan muncul box switchboard manager begini.
  2. Setelah itu, klik pada ‘edit’ untuk menukar nama ‘switchboard’ anda dan setelah siap klik pada ‘close’.
  3. Dan  ia akan menjadi begini (anda boleh ke ‘design view’ jika ingin mencantikkan lagi switchboard anda.)
  4. Untuk mengedit switchboard anda, pergi ke ‘create’ dan sekali lagi klik pada ‘switchboard manager’. Setelah itu, ia akan menjadi begini

  5. Klik pada ‘new’ untuk menambah page/halaman switchboard yang baru. Contohnya, form. Dan klik ‘ok’.
  6. Untuk menambah item pada page default (liyanah perfume shop) anda perlu klik pada ‘edit’ dan setelah keluar seperti di bawah, anda klik pada ‘new’ dan apabila keluar box ‘edit switchboard item’ anda harus namakan item anda seperti ‘pergi ke form’. Commandnya ialah ‘go to switchboard’ kerana ia akan muncul di laman utama switchboard default. Dan setelah itu klik ‘ok’.

  7. Dan ia akan keluar begini 
  8. Untuk meletakkan item di bawah ‘form’ anda harus klik pada ‘edit'.
  9. Dan ia akan keluar begini. Namakan item form anda. Contohnya, pelanggan. Commadnya ialah ‘open form in edit mode’, ini agar form terus terbuka jika kita klik pada ‘pelanggan’ nanti. Dan akhir sekali adalah memilih form yang akan digunapakai. Setelah siap klik ‘ok’. Jika anda mahu menambah lagi item pada form ini anda boleh klik lagi sekali pada ‘new’ dan ulangi langkah-langkah tadi.

     
  10. Dan ia akan menjadi begini apabila anda klik pada ‘pergi ke form’ dan apabila anda klik pada ‘pembelian’ ia akan keluar begini 
     
  11. Anda juga boleh menambah ‘back’ untuk kembali semula ke laman utama switchboard anda.
  12. Klik saja pada ‘new’ untuk menjadikan back sebagai item di page ‘form’ 
  13. Dan ia akan menjadi begini 
  14.  Jika anda klik pada ‘back’. Secara automatik ia akan terus ke halaman utama switchboard default anda iaitu 

No comments:

Post a Comment