Wednesday, 30 March 2016

HIGH DEFINITION MULTIMEDIA INTERFACE (HDMI)

HDMI atau dalam bahasa melayu dipanggil Antaramuka Multimedia Definisi Tinggi ialah antaramuka penyambungan audio / video yang digunakan untuk memancarkan stream digital yang besar dan tidak boleh dimampatkan.

HDMI menyambungkan sumber audio / video digital yang menggunakan DRM, seperti set-top box, pemain cakera Blu-ray, laptop, konsol permainan video, atau penerima AV, kepada peranti audio digital yang serasi, seperti televisyen digital (DTV). HDMI muncul pada tahun 2006 dalam kamera video HDTV dan kamera digital yang canggih.

HDMI dijadikan alternative DRM kepada piawai analog pengguna seperti (kabel sepaksi), video komposit, S-Video, SCART, video komponen dan VGA, serta piawaian digital seperti DVI (DVI-D dan DVI-I). Pengedaran HDMI dijangka mengatasi pengedaran Antara Muka Visual Digital (DVI) pada tahun 2008 dengan bantuan pengedaran oleh pasaran elektronik pengguna (consumer electronics, CE).


Kelebihan
  • HDMI merupakan sambungan standard untuk semua peralatan keluaran terbaru yang memberikan kualiti pemindahan data yang terbaik. HDMI bukan sahaja memnyediakan kualiti yang baik malah sambungan HDMI juga memberikan kemudahan set up dengan hanya menggunakan sebuah kabel.
  • Kabel HDMI dapat menghantar 8 channel audio dari sebuah player Hi-End dengan sempurna. Selain audio, kabel HDMI juga mampu untuk menghantar data digital yang tidak dimampatkan dengan cepat, sehingga memberikan kualiti gambar dan data yang lebih sempurna.
  • Sebuah kabel HDMI mampu menghantar gambar dari 1080p hingga 4000p atau lebih untuk video HD malah kemampuan menghantar data yang lebih besar juga telah disediakan untuk teknologi baru akan datang. Kemampuan HDMI dalam membuat pelbagai peralatan elektronik telah memberikan keluaran mulai dari peralatan Handycam, Game, Handphone, DVR, Blueray Player, DVD Player, Kabel TV dan komputer untuk dihubungan ke TV melalui kabel HDMI.


Kelemahan
  • HDMI merupakan teknologi yang masih baru. Jadi, tidak semua TV memiliki input model HDMI. Umumnya untuk TV model lama, memang tidak disediakan fungsian HDMI. Selain itu, kabel HDMI dijual dengan harga yang lebih mahal.
  • Kabel HDMI ini tidak boleh dikongsi (tidak boleh dibuat kabel bercabang) seperti sambungan lain. Lain pula dengan sambungan untuk RCA, apabila sambungan dibuat pada beberapa ruangan,

Saturday, 26 March 2016

DATA MANIPULATION LANGUAGE (DML)

DML ialah salah satu perintah SQL yang digunakan untuk proses pengolahan data dalam jadual seperti memasukkan, mengubah dan menghapus data.


4 Jenis Sintak Perintah DML

   1.       SELECT

  • Select digunakan untuk mengambil data dan menampilkan data dari satu jadual atau beberapa jadual.
  • SELECT boleh digunakan untuk menampilkan isi jadual dengan pilihan tertentu. Untuk menampilkan seluruh isi jadual taip:


SELECT *FROM nama_jadual;


   2.       INSERT

  • INSERT digunakan untuk menambah record atau baris baharu dalam jadual. Contoh Sintak untuk arahan INSERT ialah;


INSERT INTO nama_jadual (nama column) VALUES (isi_column);

Atau


INSERT INTO nama_jadual SET Nama_column=’isi_column’;
  

   3.       UPDATE

  • UPDATE adalah sebuah arahan yang digunakan untuk memodifikasi record atau baris yang sudah ada dalam sebuah jadual pada pangkalan data sesuai dengan perkara yang diinginkan. Sintak untuk fungsian UPDATE ini boleh ditulis seperti berikut;


UPDATE nama_jadual SET column1=’isi_column’ WHERE column2=’perkara yg ingin di update’;


   4.       DELETE

  • Perintah DELETE digunakan untuk menghapuskan record atau baris tertentu dalam suatu jadual. Sintak untuk DELETE ditulis seperti berikut;


DELETE FROM nama_jadual WHERE nama_column=’isi_column’


Thursday, 24 March 2016

DATABASE LIFE CYCLE / KITAR HAYAT PANGKALAN DATA (DLC)

DLC ini berorientasikan data. Ciri – ciri data menjadi asas reka bentuk skema Pangakalan Data.  Fungsi sistem dibangunkan berdasarkan skema.

             1      PERANCANGAN

      •       Faktor asas yang mempengaruhi perancangan adalah kerja yang perlu dilakukan, Sumber yang ada untuk melaksanakannya dan Kewangan / Peruntukan yang disediakan.  
      •       Tujuan Fasa Perancangan ialah – Analisis situasi organisasi, Takrif Masalah, Takrif Objektif, Takrif Skop dan Sempadan dan Kajian Kesauran.
    • 2     ANALISIS DATA DAN TAKRIF KEHENDAK PENGGUNA
      •       Melakukan aktiviti seperti temubual, Melakukan permerhatian kendalian sistem dan mengkaji laporan atau dokumen sedia ada bagi mendapatkan maklumat kehendak pengguna.
    • 3     REKA BENTUK  
      •       Tujuan utama proses ini untuk mewakili data dan perhubungan antara data, membekalkan model data yang menyokong urus niaga serta menentukan reka bentuk sistem yang memenuhi kehendak pengguna. 
      •       Aktiviti dalam Reka bentuk ialah Menghasilkan model konseptual, Memilih DBMS, Menghasilkan model Logikal dan Fizikal.

                  4     PEMASANGAN DAN PEMUATAN
      •       Proses merealisasikan Reka bentuk Pangkalan Data dan penggunaannya
      •       Pelaksanaan berskala kecil dan prototaipan dan pelaksanaan sistem sepenuhnya.
      •       Bersifat NON – TRADITIONAL; Prototyping, Rapid Application Development (RAD) dan Agile Development.
                 5      PENGUJIAN DAN PENILAIAN
      •       Dilakukan setelah data dimuatkan dalam Pangkalan Data.
                 6      PENGENDALIAN DAN PENYENGGARAAN
      •       Sistem perlu dikendalikan oleh pakar. Dalam proses ini aktiviti yang akan dijalankan adalah Menjalankan Sistem, Membuat Penilaian dan Penambahbaikan, Memantau dan Menyenggaraan

Friday, 18 March 2016

Interface (antara muka)


Apa itu Interface ?

            Definisi kebolehan dalam menyediakan kapisiti sistem untuk menyokong pelbagai                          persekitaran aplikasi yang dibangunkan pada pangkalan data.


     Komponen Interface


  •    Menggunakan standard OASIS
    •     Elektronik Perniagaan extensible Markup Language (ebXML)
    •   Universal Description, Discovery and Integration (UUDI)

  •   Menggunakan standard W3C
    •   Extensible Markup Language (XML)
    •   Web Services Description Language (WSDL)


   JAVA COMMUNITY PROCESSN (JCP)

         1.      Sebuah komuniti yang membina platform JAVA

         2.      Antara produk / bahasa pengaturcaraan yang berjaya dibina :

  •         Java 2 Standard Edition (J2SE)
  •     Java 2 Enterprise Edition (JJ2EE)
  •    Java 2 Micro Edition (J2ME)

Interoprability (saling kebolehcapaian)


Apa itu Interoprability ?

               Definisi struktur komponen, perkakasan, perisian, standard pangkalan data dan lain-lain                yang membolehkan mereka berinteraksi maklumat antara satu sama lain. Interoprability                      merangkumi:

·         Kebolehan sistem menyediakan servis untuk digunakan dan menerima servis dari sistem

·         Kebolehan sistem untuk bekerja dengan sistem lain
·         Kebolehan untuk melakukan pertukaran dan menggunakan maklumat kebiasaannya dari rangkaian interogeneus (berbeza) yang dirangkaikan dari beberapa LANS (locker Area Network)
·         Struktur komponen yang membenarkan komunikasi dan berkongsi maklumat secara terus dan antara sistem(sekumpulan yang berinteraksi/terlibat)
·         Interoperability menyediakan platform rutin harian untuk mengemaskini pangkalan data secara sendiri berdasarkan struktur pangkalan data


      Komponen Interoperability

·         DRDA (Distributed Relasional Database Architectured)
Standard kumpulan terbuka untuk akses pangkalan data antara operasi
·         RDA (Remote Database Access)
·         ISO & ANSI untuk akses pangkalan data antara operasi dynamic SQL sahaja
·         SOAP (Simple Object Access Protocol)
Bertanggungjawab untuk mengekodkan maklumat ke bentuk XML agar ia dapat difahami dan boleh dibaca oleh perisan aplikasi jaringan yang lain.


     Kepentingan Interoperability

Kewujudan pangkalan data terakhir menyebabkan keperluan database accessibility. Ini disebabkan oleh berskala sederhana dan besar mempunyai persekitaran pangkalan data yang bercampur aduk atau dikenali sebagai heterogeneous. Hal ini menyebabkan masalah mengakses maklumat tidak dapat dijalankan dengan baik. Lebih menyulitkan lagi apabila, menurut kajian lebih 2 juta unix 50 ribu IDM dan selebihnya menggunakan Microsoft bagi sistem pengoperasian

Connectivity (Sambungan)

Apa itu Connectivity ?

      Sambungan Internet Service Provided (ISP) daripada pengguna kepada pangkalan data. Connectivity merujuk kepada organisma dan berkomunikasi dengan data di repository . Bagi memastikan penyambungan pangkalan data dapat dilakukan secara standard maka penggunaan API diperlukan API ialah (Application Program Interface). API diperlukan untuk mengurangkan          proses bebanan pelayan. API berfungsi sebagai penghubung aplikasi dengan aplikasi yang lain. Kelebihan API ialah menguntungkan dalam perniagaan media sosial kerana tidak  mempunyai had walau ramai pengikut yang mengikutinya.

Kompenen Connectivity

Kompenen Connectivity mempunyai 2 jenis iaitu Microsoft dan Java

        1- Standard SQL yang dibina oleh Microsoft ialah :
  •      ODBC (Open Database Connectivity)
  •      ADO (Active Data Object)
  •      OLE DB (Object Link Embedding Database
  •      RDO (Remote Data Object)


        2- Standard SQL bagi Java ialah :
  •      JDBC (Java Database Connectivity)

Database Accesibility


Definisi :  

Database accesibility (kebolehcapaian pangkalan data) adalah kebolehan untuk mencapai (data) yang disimpan oleh pengendali dengan cara meminimakan kekangan jarak dan kos berserta penggunaan antara muka (interface)


Tujuan :

Memastikan pangkalan data atau perisian pelanggan yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Kebolehcapaian adalah satu daripada isu keselamatan ICT terhadap pangkalan data


Kelebihan :

·         Kesedian web (web readiness)
·         Sambungan pelanggan-pelayan (client-server connectivity)
·         Meningkatkan sokongan User Define Function (UDF)
·         Prosedur yang disimpan mudah alih
·         Sokongan kepada Intergrated Development Enviroment (IDE)


Komponen :

Komponen-komponen ini beroperasi dalam kekangan , protokol atau proses yang ditakrifkan oleh domain keselamatan dalam bidang akses, sambungan atau saling-boleh-kendali.

*     Connectivity
*     Interface



Thursday, 17 March 2016

AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE (ASCII)

ASCII ialah singkatan bagi American Standard Code for Information Interchange. ASCII adalah kod – kod yang digunakan untuk memudahkan interaksi antara user dan komputer. Dengan kata lain, ASCII digunakan untuk pertukaran maklumat dan komunikasi data dengan cara menukarkan angka kepada karakter aksara. ASCII sebenarnya lebih dikenali sebagai kod angka 7-bit yang mewakili sebuah karakter, ASCII digunakan kerana komputer hanya memahami angka sahaja.
Asalnya kod ASCII mempunyai bilangan binary sebanyak 8-bit yang bermula dari 00000000 hingga 11111111. Jumlah kombinasi yang dihasilkan adalah sebanyak 255, bermula dari kod 0 hingga 255 dalam sistem Desimal. Kod ASCII 0 hingga 127 merupakan kod untuk manipulasi teks, manakala kod ASCII 128 hingga 255 untuk manipulasi grafik.
Setiap symbol yang terdapat pada keyboard memiliki kod ASCII. Contohnya, huruf A memiliki kod ASCII 65; huruf a memiliki kod ASCII 97.  Kod ASCII 65 jika diterjemah ke kod binary; (65 = 01000001 , 97 = 01100001)



ASCII CHARACTER SET?
ASCII Character Set adalah sebuah standard kod 7-bit yang menggambarkan karakter bagi ASCII dengan menggunakan nilai binary. Nilai kod ini adalah sebanhyak 127. Kebanyakkan komputer peribadi (PC) menggunakan kod ASCII 8-bit sebanyak 128 karakter yang digunakan sebagai symbol, karakter dan symbol grafik.
Interaksi merupakan satu penyelesaian dalam kekangan penggunaan komputer yang hanya mengenal angka, sedangkan manusia tidak mampu untuk menghafal angka yang terlalu banyak dan menggunakan keyboard sebagai input untuk memasukkan perintah. Umumnya, terdapat 2 jenis kod yang berhubung dengan kod pada keyboard iaitu ASCII dan EBCDIC.


Kod ASCII menyediakan kod khas untuk;
   1.       Angka (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6,7, 8, 9)
   2.       Huruf (A – Z, a - z)
   3.       Simbol (!@#$%^&* …)
   4.       Tombol (Esc, Tab, Shift, Alt, Ctrl, Space, Backspace)
   5.       Karakter Grafik (kod ASCII standard nombor 128 s/d 255)

   6.       Kod Komunikasi (ETX, STX, ENQ, ACK …)

Tuesday, 15 March 2016

DIGITAL LIVING NETWORK ALLIANCE (DLNA)

DLNA adalah singkatan bagi Digital Living Network Alliance yang merupakan teknologi piawai yang menyediakan kepada semua alat media untuk saling berhubung dan beroperasi dengan lancar. DLNA memudahkan pengguna untuk menggunakan, berkongsi dan menikmati gambar - gambar digital, musik serta video di kalangan multimedia. Alat yang berbeza jenisnya dapat dihubungkan dengan adanya certificate dari DLNA. Jika anda ingin menggunakan DLNA, pastikan anda mempunyai Ethernet, LAN, Akses internet dan jaringan IP dengan teknologi jaringan nirkabel.

DLNA menyokong untuk memainkan music, gambar, video serta untuk mencetak. Selain itu, menyokong ‘Play To’ Receiver dan ‘Play To’ Controller. DLNA juga mempunyai sokongan Upload Support dan Download Support.

Teknologi ini hanya dipasarkan kepada industri, bukan untuk pengguna. Berikut ialah aspek kunci dari teknologi DLNA; Jaringan dan Sambungan, Penemuan dan kawalan, Format Media dan Model Pengangkutan. Selain itu, Pengurusan, Distribusi dan Kawalan Media, Pengurusan Digital dan pelindungan kandungan serta Kebolehan Pengurusan.


Sejarah

DLNA didirikan oleh Sony Corporation pada Jun 2003 dengan menggunakan nama Digital Home Working Group. Nama DLNA mula dipakai setelah setahun DLNA ini didirikan. Semasa set pertama panduan untuk DLNA diterbitkan, DLNA memiliki lebih dari 250 perusahaan dan mendapat sambutan melalui teknologi peranti, PC serta industry penyedia layanan. Pada Januari 2011, lebih dari 9,000 teknologi yang berbeza meperolehi certificate DLNA. Teknologi ini diberikan logo pada kemasannya dan mengiktiraf interoperability dengan alat lainnya.

Pada Jun 2011, terdapat 26 anggota promotor dan 199 anggota contributor yang menggunakan dan bergabung dengan DLNA termasuklah ACCSES, AT&T Labs, Awox, Broadcom, Cisco Systems, Comcast, Direct TV, Dolby Laboratories, Ericsson, Huawei, Intel, LG Electronics, Microsoft, Motorola, Nokia, Panasonic, Qualcomm, Samsung Electronics, Sharp Corporation, Sony Electronics, Technicolor dan Verizon.

Spesifikasi DLNA

   A.      HOME NETWORK DEVICES

  • Digital Media Server (DMS) – Alat ini menyimpan kandungan dan akan dibaca oleh Digital Media Player (DMP) dan Digital Media Renderers (DMR). Contohnya, PC dan Perangkat NAS (Network – Attached Storange)
  • Digital Media Player (DMP) – Alat ini mencari kandungan di Digital Media Server (DMS) dan melakukan playback dan rendering. Contohnya, TV, Stereo, Monitor Wireless dan Console.
  • Digital Media Controller (DMC) – Alat ini mencari kandungan di Digital Media Server (DMS) dan memainkannya di Digital Media Renderers (DMR). Contohnya, Internet Tablet dan Camera Digital dengan Wifi.
  • Digital Media Printer (DMPr) – Alat ini menyediakan kemudahan mencetak untuk DLNA Home Network. Digital Media Player (DMP) dan Digital Media Controller (DMC) dengan fungsian print dapat mencetak ke Digital Media Printer (DMPr). Contohnya, Printer all – in – one yang bersambung dengan jaringan.


   B.      MOBILE HANDHELD DEVICES

  • Digital Media Server (DMS) – Perangkat Nirkabel ini menyimpan ke jaringan Mobile Digital Media Printers (DMPr). Contohnya, Handphone dan portable music player.
  • Mobile Digital Media Player (M-DMP) – Perangkat nirkabel yang mencari dan memainkan kandungan di Digital Media Server (DMS) atau Mobile Digital Media Server (M-DMS). Contohnya, Handphone dan Mobile Media Tablet.
  • Mobile Digital Media Uploader (M-DMU) – Perangkat Nirkabel ini mengirimkan (upload) kandungan ke Digital Media Server (DMS) atau Mobil Digital Media Server (M-DMS). Contohnya, Kamera Digital dan Handphone.
  • Mobile digital media downloader (M-DMD) – Alat ini berfungsi untuk mencari dan memuat turun kandungan dari Digital Media Server (DMS) atau Mobile Digital Media Server (M-DMS). Contohnya, Portable Music Players dan Handphone.
  • Mobile Digital Media Controller (M-DMC) – Perangkat nirkabel ini berfungsi untuk mencari kandungan di Digital Media Server (DMS) atau Mobile Digital Media Server (M-DMS) dan mengirimnya ke Digital Media Renderers (DMR). Contohnya, Personal Digital Assistant (PDA) dan Handphone.


   C.      HOME INFRASTRUCTURE DEVICE

  • Mobile Network Connectivity Function (M-NCF) – Alat ini menghubungkan sambungan  perangkat Mobile Handheld dan perangkat Home Network.
  • Media Interoperability Unit (MIU) – Alat ini menyediakan penukaran kandungan agar sesuai dengan format yang diperlukan oleh perangkat Home Network dan Mobile Handheld.


Kelebihan  DLNA

  • Kita dapat menonton filem yang beresolusi tinggi pada PC di sebuah TV.
  • Dapat memaparkan gambar pada kamera di sebuah TV .
  • Dapat memainkan lagu pada komputer melalui peranti.
  • Produk DLNA tidak memerlukan kabel untuk menyambungkan antara satu alat ke alat yang lain.
  • Dapat berkongsi gambar, musik, video dan pelbagai multimedia dengan alat berteknologi DLNA yang lain.


Kekurangan DLNA

  • Hanya dapat dihubungkan dengan alat yang hanya mempunyai certificate DLNA sahaja.
  • Harga bagi alat yang mempunyai certificate dari DLNA adalah mahal.
  • Teknologi ini tidak berfungsi sekiranya terdapat satu alat sahaja yang mempunyai teknologi ini.
  • Teknologi DLNA ini hanya menyediakan kemudahan untuk berkongsi fail sahaja dan bukannya untuk memindahkan fail.

Friday, 11 March 2016

DOMAIN NAME SYSTEM (DNS)

DNS adalah Distribute Database System yang digunakan untuk pencarian nama komputer (name resolution) di jaringan yang menggunakan TCP/IP Address. DNS merupakan aplikasi perkhidmatan yang digunakan di Internet seperti web browser atau e – mail yang menterjemah sebuah domain kepada alamat IP. Dengan kata lain, DNS menterjemahkan alamat IP kepada satu alamat domain yang mudah untuk manusia ingat. Contoh alamat domain seperti Facebook.com.
DNS ini berfungsi untuk menterjemah nama komputer ke alamat IP dengan memetakan nama komputer menjadi alamat IP.


Struktur  DNS
Struktur domain ditentukan berdasarkan tingkat kemampuan yang terdapat di struktur hierarki yang disebut level.

  • Root Domain – merupakan Domain teratas yang ditulis dalam bentuk titik (.)

  • Top Level Domains – semua yang terletak dibawah root domain. Berikut adalah pengelasan nama domain yang ada pada level ini;

o   gTLD (generic Top Level Domain) : .com, .net, .org, .edu, .int, .mil / .aero, .biis, .coop
o   ccTLD (country code Top Level Domain): .id, .jp, .ml, .us, .uk
Second Level Domains – mengandungi host atau domain lain. Seperti domain amazon dan yahoo. Dibawah ini merupakan contoh dari second level domain:
o   .ac : academic
o   .co : company
o   .or: organization
o   .net: network
o   .go : government
o   .sch : school
o   .web : web

  • Host Names – Domain name yang digunakan dengan Host Name akan menciptakan Fully Qualified Domain Name (FQDN) untuk setiap komputer. Lokasi DNS ini diedarkan di seluruh dunia. Dengan penyebaran ini, oraganisasi masing – masing perlu bertanggungjawab ke atas pangkalan data yang berisi maklumat mengenai jaringannya sendiri.


Sejarah

Sebelum penggunaan DNS diluaskan, jaringan komputer menggunakan file HOST.TXT yang berisi informasi dari nama komputer dan alamat IP. Di Internet, file ini diadakan secara berpusat dan di setiap lokasi harus menambah versi terbaharu dari file HOSTS tersebut. Jadi versi baru ini sangat menyusahkan terutamanya jika terdapat penambahan satu komputer di jaringan kerana perlu menambah versi terbaru file ini ke setiap lokasi host komputer. Perkara ini semakin menyusahkan kerana semakin luasnya jaringan internet. Pada akhir tahun 1983, Paul Mockapetris telah mencipta sistem DNS di University of California. DNS ini direka untuk menggantikan fungsi file HOSTS, dengan kelebihan unlimited database size dan pelaksanaan yang baik.


Kelebihan

  • Memudahkan pengguna kerana tidak perlu mengingat alamat IP sebuah komputer, cukup dengan mengingat host name sahaja.
  • DNS sentiasa konsisten kerana Host name tidak berubah. Tidak seperti Alamat IP yang sentiasa berubah.
  • DNS Server ringkas dan mudah untuk dikonfigurasikan kerana pengguna hanya menggunakan satu nama untuk mencari nama domain walaupun ada banyak mirror server yang digunakan.


Kekurangan

  • Pengguna tidak dapat menggunakan banyak nama untuk mencari nama domain di Internet mahupun di Intranet.
  • Tidak boleh mencipta banyak nama domain.

Wednesday, 9 March 2016

OPEN DATABASE CONNECTIVITY (ODBC)

ODBC merupakan singkatan bagi Open Database Connectivity adalah sebuah piawai terbuka untuk melakukan sambungan antara pangkalan data. ODBC ini dicipta pada tahun 1970 dan menjadi tumpuan utama pada tahun 1980 oleh vendor SQL. Standard ODBC ini menyediakan API yang dapat kita gunakan untuk menjalankan dan menyambungkan sebuah aplikasi dengan Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS). ODBC ini bertujuan untuk memudahkan sambungan aplikasi pangkalan data yang berlainan format contohnya, Microsoft Access, Ms FoxPro, Ms SQL Server, My SQL mahupun Oracle.

ODBC mempunyai kelengkapan driver yang akan dipasang secara automatic ketika kita memasang Operation System Windows (built in) seperti Ms SQL Server, Microsoft Access dan lain – lain. ODBC turut memberikan kemudahan antara muka yang bersifat neutral diantara Aplikasi Front-End dan Back End. Selain itu, ODBC juga dapat digunakan oleh user atau programmer dalam menulis aplikasi yang boleh dikembangkan di antara server dan vendor kerana ODBC mempunyai standard protocol yang menghubungkan segala jenis server pangkalan data.


Kelebihan

  • ODBC merupakan antara muka yang dapat mengakses maklumat dari pelbagai Server.
  • ODBC dapat menyokong sambungan aplikasi pangkalan data yang berlainan format.
  • ODBC mempunyai driver yang secara automatic akan dipasang ke pangkalan data.
  • Driver ODBC biasanya dikemaskini untuk memasukkan jenis data terkini.



Kekurangan


  • Sambungan ODBC dengan server pangkalan data mahupun pangkalan data adalah tertakluk kepada driver dan perisian yang digunakan.

STRUCTURED QUERY LANGUAGE (SQL)

SQL merupakan bahasa pemprograman khusus yang digunakan untuk mengakses data dalam pangkalan data untuk menjalankan tugasan, kerja, fungsi dan pertanyaan pada data.

SQL adalah salah satu aplikasi Database Management System (DBMS) yang sering digunakan dalam operasi pangkalan data dan embedded pada kebanyakkan bahasa pemprograman yang menyokong pangkalan data. Perbezaan penggunaan SQL dapat dikenalpasti melalui sintak khusus yang digunakan untuk fungsian tertentu.

Bahasa ini merupakan bahasa standard yang digunakan dalam pengurusan pangkalan data. Kini, hampir semua server pangkalan data yang ada menyokong bahasa ini untuk melakukan pengurusan data. Pada awalnya, SQL terdiri daripada bahasa definisi data (DDL) dan bahasa manipulasi data (DML). Bahasa SQL ini merangkummi insert, query, update dan delete, skema penciptaan dan modifikasi dan kawalan akses data. Pada tahun 1986, SQL menjadi standard dari American National Standards Institute (ANSI) dan pada tahun 1987 dari International Organization for Standardization (ISO).
Antara bahasa yang menyokong fungsian SQL ialah: V Basic, C++ Builder, Delphi, ORACLE, MySQL, PostGreeSQL, JAVA dan banyak lagi.

Sejarah

SQL mula dibangunkan oleh Edgar F. Codd pada tahun 1969 melalui kertas kerja Teori Relational Database, kertas kerja ini mencadang sebuah bahasa yang disebut DSL/ Alpha untuk menguruskan data dalam Relational Database. Idea Edgar F. Codd diterima oleh IBM dan IBM telah merancang bahasa sebuah prototype sederhana DSL/ Alpha yang dikenali sebagai SQUARE.

Pada awal 1970 – an, SQL mula dikembangkan oleh IBM yang dipelopori oleh peneliti IBM Donald D. Chamberlin dan Raymond F. Boyce. Penelitian ini bertujuan untuk mengembangkan SQUARE menjadi SEQUEL (Structured English Query Language). SEQUEL digunakan untuk mengoperasikan prototype RDBMS pertama IBM, System R . ini dirancang untuk memanipulasi dan mencapai data yang tersimpan dalam sistem pengurusan pangkalan data IBM. Pada tahun 1970 – an juga, kelompok pengkaji dari IBM San Jose Research Laboratory telah mengembangkan System R. Singkatan SEQUEL kemudiannya ditukar menjadi SQL kerana terdapat masalah berkenaan nama dengan perusahaan pesawat dari UK-Based Hawker Siddeley yang terlebih dahulu memakai nama SEQUEL.

Pada akhir tahun 1970 – an, perusahaan Relational Software Inc (Oracle Corporation) melihat bahawa bahasa SQL mempunyai potensi dan Oracle mula mengembangkan vesi SQL sendiri untuk RDBMS mereka. Pada 1979, Oracle V2 telah dikomersialkan, ini merupakan RDBMS pertama yang mengimplementasikan SQL.

Kelebihan SQL
  • Kecepatan akses yang tinggi. SQL Query dapat digunakan untuk mencapai sejumlah data yang besar dari pangkalan data dengan cepat dan efisyen.
  • Tidak perlu menaip coding. Dengan menggunakan SQL Standard, program memudahkan kita untuk menjalankan sistem pangkalan data tanpa perlu menaip sejumlah besar kod arahan.
  • Kemunculan ORDBMS.  Pangkalan Data SQL yang sebelumnya dikenali sebagai pangkalan data relational dan kemudian dinaiktaraf kepada Object Oriented DBMS yang mempunyai kemampuan menyimpan objek yang telah diperluaskan dari pangkalan data relational.


Kelemahan SQL

  • Pengguna menghadapi kesukaran antaramuka kerana antaramuka pangkalan data SQL lebih kompleks atau lebih rumit daripada pangkalan data versi lama. Dan kita masih perlu menambahkan beberapa baris kode arahan.


Jenis-jenis Perintah SQL

Perintah atau arahan SQL dapat dikelaskan mengikut jenis dan fungsinya Secara umumnya terdapat 4 jenis perintah SQL;

  1.  Data Definition Language (DDL) – merupakan jenis arahan yang berkaitan dengan mencipta struktur jadual dan pangkalan data. Antara arahannya ialah; CREATE, DROP, ALTER dan RENAME.
  2. Data Manipulation Language (DML) – merupakan jenis arahan SQL yang berkaitan dengan data dalam jadual,untuk menginput, menghapus dan memperbaharui serta membaca data yang tersimpan dalam pangkalan data. Contoh perintah SQL untuk DML ialah; SELECT, INSERT, DELETE dan UPDATE.
  3. Data Control Language (DCL) – adalah jenis arahan SQL yang menguruskan hak akses dan pengguna (user) yang dapat mengakses pangkalan data mahupun jadual. Antara arahannya ialah; GRANT dan REVOKE.
  4. Transaction Control Language (TCL) – perintah SQL untuk proses transaksi.  Proses ini digunakan untuk menjalankan perintah yang lebih dari satu. TCL ini merupakan arahan yang boleh menjalankan banyak perintah sekali gus. Antara arahan TCL ialah; COMMIT, ROLLBACK, dan SAVEPOINT serta SET TRANSACTION

Sunday, 6 March 2016

Laman Web Pilihan - Wattpad


Wattpad merupakan satu wadah penulisan di mana user/pengguna boleh post artikel, e-novel, cerpen, fan-fiction, sajak dan lain-lain lagi melalui aplikasi ini di telefon pintar ataupun melalui website wattpad. Wattpad memberikan peluang kepada orang ramai untuk mengasah bakat mereka di mana karya mereka akan dibaca oleh users dari serata dunia. Karya-karya di dalam Wattpad ini merangkumi penulis tersohor, penulis baru dan juga user yang tidak pernah menulis yang diberi peluang smaa rata oleh pihak Wattpad untuk menyerlahkan bakat mereka dan mungkin karya mereka akan diterbitkan. Users boleh komen, like dan share karya yang mereka minati serta boleh ber'chat' atau message dengan penulis yang mereka minati di Wattpad. User terbanyak Wattpad dari US manakala yang lain merupakan  user dari UK, Canada, Asia, UAE dan anyak lagi.

SEJARAH 

  • Wattpad diasakan pada tahun 2006, hasil gabungan antara Allen Lau dan Ivan Yuen.
  • Pada June 2009, Wattpad mengumumkan bahawa aplikasi Wattpad di telefon sudah di'install' lebih dari 5 juta kali.
  • Mac 2009 - Aplikasi Wattpad di iPhone diperkenalkan.
  • April 2009 - Aplikasi Wattpad di BlackBerry App World diperkenalkan.
  • June 2009 -  Aplikasi Wattpad di Google Android diperkenalkan.
  • April 2010 - Aplikasi Wattpad di iPad diperkenalkan.
  • December 2015 - Aplikasi Wattpad di Windows Phone 8.1 dan Windows 10 Mobile Version diperkenalkan.



Anda hanya boleh mengaksesnya jika mempunyai akaun wattpad sahaja
Jika anda bukan ahli wattpad ataupun tidak mempunyai akaun wattpad, anda boleh sign up menjadi ahli wattpad. Caranya ialah, anda masukkan username yang anda mahu, email dan password anda.

Jika anda sudah menjadi ahli, anda boleh terus sign in wattpad, sama ada menggunakan Google's Account ataupun Facebook.
\

Di my profile ini anda boleh lihat inbox (mesej), notifications (andai kata anda follow penulis kesukaan anda, anda akan dapat noti dari penulis itu seperti dia mengupdate cerita baru atau apa-apa, works (karya anda), library (karya-karya yang anda sudah baca atau sedang baca), invite friends (beritahu rakakn-rakan anda mengenai wattpad) dan lain-lain.

Setelah membaca satu chapter, anda boleh vote dan share karya itu

Inilah contoh karya-karya yang ada dalam simpanan anda. Warna biru itu menunjukkan sama ada anda sudah habis baca atau belum buku itu. Dan jika ada chapter baru, ia akan eluar noti 'new'.

Dan wattpad juga boleh diinstall di google store untuk anda guna di aplikasi telefon pintar anda.

Ini merupakan latar sebelum anda Sign Up ataupun Log In di aplikasi wattpad pada telefon pintar anda.
Ini merupakan latar setelah anda Log In masuk akaun anda.
Ini merupakan latar library anda. current reads merupakan karya yang anda sedang baca ataupun karya-karya yang berada dalam list anda.

Ini merupakan latar updates di mana terdapat new feed, notifications dan messages di sini. New feed, anda akan mendapat noti mengenai penulis yang anda follow atau ikuti.
Di notifications anda akan dapat mengikuti perkembangan karya yang anda ikuti atau yang berada dalam library anda. contoh anda mengikuti karya bimbo, jika ada bab yang baru diupload ia akan masuk dalam noti anda.
Di messages ini anda boleh chat penulis yang anda minat ataupun sesiapa sahaja menggunakan akaun wattpad anda. jika ada message yang baru masuk, akan ada dot merah di atas noti anda.

Ini merupakan contoh karya yang anda lihat dan anda boleh klik read untuk membaca atau klik add story untuk masukkan karya dalam list anda (library) atau send untuk share karya kepada kawan-kawan anda melalui whatsapp, wechat dan sebagainya.
Ia akan menjadi begini jika anda klik pada add story. dan secara automatik ia akan masuk ke library anda.
Ini contoh jika anda membaca satu karya, tanda biru itu menunjukkan perjalanan bab yang anda baca. dan tanda bintang untuk vote, tanda komen untuk komen dan share untuk berkongsi cerita pada orang ramai.
Ini merupakan di antara kelebihan wattpad yang memudahkan pembaca. di sini pembaca boleh memilih bab mana yang ingin dibaca ataupun pembaca hanya perlu scroll ke bawah untuk ke bab yang seterusnya. 
Anda boleh menggunakan search untuk mencari karya yang anda mahu ataupun penulis yang anda mahu.
Ini contoh user wattpad. anda boleh follow untuk mengikutinya kerana ada sesetengah penulis yang memprivate sesetengah bab karyanya jadi untuk embaca secara keseluruhan bab anda perlu memfollownya.
Ini adalah language yag anda boleh pilih sebagai bahasa pengaturcaraan wattpad anda. seperti yang saya katakan tadi, wattpad boleh diakses oleh rakyat pelbagai negara di serata dunia jadi terdapat plagai bahasa yang anda boleh gunakan.