SQL merupakan
bahasa pemprograman khusus yang digunakan untuk mengakses data dalam pangkalan
data untuk menjalankan tugasan, kerja, fungsi dan pertanyaan pada data.
SQL adalah salah satu aplikasi Database Management System (DBMS)
yang sering digunakan dalam operasi pangkalan data dan embedded pada
kebanyakkan bahasa pemprograman yang menyokong pangkalan data. Perbezaan
penggunaan SQL dapat dikenalpasti melalui sintak khusus yang digunakan untuk
fungsian tertentu.
Bahasa ini merupakan bahasa standard yang digunakan dalam
pengurusan pangkalan data. Kini, hampir semua server pangkalan data yang ada
menyokong bahasa ini untuk melakukan pengurusan data. Pada awalnya, SQL terdiri
daripada bahasa definisi data (DDL) dan bahasa manipulasi data (DML). Bahasa
SQL ini merangkummi insert, query, update dan delete, skema penciptaan dan
modifikasi dan kawalan akses data. Pada tahun 1986, SQL menjadi standard dari
American National Standards Institute (ANSI) dan pada tahun 1987 dari International
Organization for Standardization (ISO).
Antara bahasa yang menyokong fungsian SQL ialah: V Basic, C++ Builder, Delphi, ORACLE, MySQL,
PostGreeSQL, JAVA dan banyak lagi.
Sejarah
SQL mula dibangunkan oleh Edgar F. Codd pada tahun 1969 melalui
kertas kerja Teori Relational Database, kertas kerja ini mencadang sebuah
bahasa yang disebut DSL/ Alpha untuk menguruskan data dalam Relational
Database. Idea Edgar F. Codd diterima oleh IBM dan IBM telah merancang bahasa
sebuah prototype sederhana DSL/ Alpha yang dikenali sebagai SQUARE.
Pada awal 1970 – an, SQL mula dikembangkan oleh IBM yang
dipelopori oleh peneliti IBM Donald D. Chamberlin dan Raymond F. Boyce.
Penelitian ini bertujuan untuk mengembangkan SQUARE menjadi SEQUEL (Structured
English Query Language). SEQUEL digunakan untuk mengoperasikan prototype RDBMS
pertama IBM, System R . ini dirancang untuk memanipulasi dan mencapai data yang
tersimpan dalam sistem pengurusan pangkalan data IBM. Pada tahun 1970 – an
juga, kelompok pengkaji dari IBM San Jose Research Laboratory telah
mengembangkan System R. Singkatan SEQUEL kemudiannya ditukar menjadi SQL kerana
terdapat masalah berkenaan nama dengan perusahaan pesawat dari UK-Based Hawker
Siddeley yang terlebih dahulu memakai nama SEQUEL.
Pada akhir tahun 1970 – an, perusahaan Relational Software Inc
(Oracle Corporation) melihat bahawa bahasa SQL mempunyai potensi dan Oracle
mula mengembangkan vesi SQL sendiri untuk RDBMS mereka. Pada 1979, Oracle V2
telah dikomersialkan, ini merupakan RDBMS pertama yang mengimplementasikan SQL.
Kelebihan
SQL
- Kecepatan akses yang tinggi. SQL Query dapat digunakan untuk mencapai sejumlah data yang besar dari pangkalan data dengan cepat dan efisyen.
- Tidak perlu menaip coding. Dengan menggunakan SQL Standard, program memudahkan kita untuk menjalankan sistem pangkalan data tanpa perlu menaip sejumlah besar kod arahan.
- Kemunculan ORDBMS. Pangkalan Data SQL yang sebelumnya dikenali sebagai pangkalan data relational dan kemudian dinaiktaraf kepada Object Oriented DBMS yang mempunyai kemampuan menyimpan objek yang telah diperluaskan dari pangkalan data relational.
Kelemahan
SQL
- Pengguna menghadapi kesukaran antaramuka kerana antaramuka pangkalan data SQL lebih kompleks atau lebih rumit daripada pangkalan data versi lama. Dan kita masih perlu menambahkan beberapa baris kode arahan.
Jenis-jenis
Perintah SQL
Perintah atau arahan SQL dapat dikelaskan mengikut jenis dan
fungsinya Secara umumnya terdapat 4 jenis perintah SQL;
- Data Definition Language (DDL) – merupakan jenis arahan yang berkaitan dengan mencipta struktur jadual dan pangkalan data. Antara arahannya ialah; CREATE, DROP, ALTER dan RENAME.
- Data Manipulation Language (DML) – merupakan jenis arahan SQL yang berkaitan dengan data dalam jadual,untuk menginput, menghapus dan memperbaharui serta membaca data yang tersimpan dalam pangkalan data. Contoh perintah SQL untuk DML ialah; SELECT, INSERT, DELETE dan UPDATE.
- Data Control Language (DCL) – adalah jenis arahan SQL yang menguruskan hak akses dan pengguna (user) yang dapat mengakses pangkalan data mahupun jadual. Antara arahannya ialah; GRANT dan REVOKE.
- Transaction Control Language (TCL) – perintah SQL untuk proses transaksi. Proses ini digunakan untuk menjalankan perintah yang lebih dari satu. TCL ini merupakan arahan yang boleh menjalankan banyak perintah sekali gus. Antara arahan TCL ialah; COMMIT, ROLLBACK, dan SAVEPOINT serta SET TRANSACTION
No comments:
Post a Comment