ASCII ialah singkatan bagi American
Standard Code for Information Interchange. ASCII adalah kod – kod yang
digunakan untuk memudahkan interaksi antara user dan komputer. Dengan kata
lain, ASCII digunakan untuk pertukaran maklumat dan komunikasi data dengan cara
menukarkan angka kepada karakter aksara. ASCII sebenarnya lebih dikenali
sebagai kod angka 7-bit yang mewakili sebuah karakter, ASCII digunakan kerana
komputer hanya memahami angka sahaja.
Asalnya kod ASCII mempunyai
bilangan binary sebanyak 8-bit yang bermula dari 00000000 hingga 11111111.
Jumlah kombinasi yang dihasilkan adalah sebanyak 255, bermula dari kod 0 hingga
255 dalam sistem Desimal. Kod ASCII 0 hingga 127 merupakan kod untuk manipulasi
teks, manakala kod ASCII 128 hingga 255 untuk manipulasi grafik.
Setiap symbol yang terdapat pada
keyboard memiliki kod ASCII. Contohnya, huruf A memiliki kod ASCII 65; huruf a
memiliki kod ASCII 97. Kod ASCII 65 jika
diterjemah ke kod binary; (65 = 01000001 , 97 = 01100001)
ASCII CHARACTER SET?
ASCII Character Set adalah sebuah
standard kod 7-bit yang menggambarkan karakter bagi ASCII dengan menggunakan
nilai binary. Nilai kod ini adalah sebanhyak 127. Kebanyakkan komputer peribadi
(PC) menggunakan kod ASCII 8-bit sebanyak 128 karakter yang digunakan sebagai
symbol, karakter dan symbol grafik.
Interaksi merupakan satu
penyelesaian dalam kekangan penggunaan komputer yang hanya mengenal angka,
sedangkan manusia tidak mampu untuk menghafal angka yang terlalu banyak dan
menggunakan keyboard sebagai input untuk memasukkan perintah. Umumnya, terdapat
2 jenis kod yang berhubung dengan kod pada keyboard iaitu ASCII dan EBCDIC.
Kod ASCII menyediakan kod khas untuk;
1. Angka (0, 1, 2, 3, 4, 5,
6,7, 8, 9)
2. Huruf (A – Z, a - z)
3. Simbol (!@#$%^&* …)
4. Tombol (Esc, Tab, Shift,
Alt, Ctrl, Space, Backspace)
5. Karakter Grafik (kod
ASCII standard nombor 128 s/d 255)
6. Kod Komunikasi (ETX, STX,
ENQ, ACK …)
No comments:
Post a Comment